1,300 etnik Muslim #Rohingya larikan diri dari India



COX'S BAZAR, 11 Jamadilawal 1440H, Khamis – Sekurang-kurangnya 1,300 etnik Muslim Rohingya terpaksa melarikan diri ke Bangladesh dari India sejak awal tahun ini, berikutan timbul kebimbangan mereka akan dihantar pulang ke Myanmar.

Jurucakap Kumpulan Penyelarasan Antara Sektor (ISCG), Nayana Bose berkata, kadar pelarian baharu ke Bangladesh meningkat sejak 3 Januari lalu.

"Seramai 1,300 individu daripada 300 keluarga telah tiba dari India ke Bangladesh sehingga hari ini," katanya.

New Delhi baru-baru ini berdepan kecaman kerana menghantar pulang etnik Rohingya ke Myanmar, walaupun etnik minoriti yang dianiaya itu menghadapi ancaman keselamatan mereka di sana.

Susulan itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia menuduh India melanggar undang-undang antarabangsa.

Amnesty International, antara kumpulan hak-hak asasi yang lain juga mengecam India kerana menghantar pulang warga Rohingya secara paksa ke Myanmar ketika mengetahui penganiayaan di Rakhine sedang berlaku.

"Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan India telah menyukarkan keadaan bagi pelarian Rohingya di India," kata jurucakap Pusat Dokumentasi Hak Asasi Manusia Asia Selatan (SAHRDC), Ravi Nair.

Selama beberapa dekad, warga Rohingya telah menghadapi penganiayaan kejam di Myanmar, yang enggan mengakui mereka sebagai warganegara dan melabel mereka sebagai Bengali, pendatang tanpa izin. – Agensi

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget