NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin Ali dilantik pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan


PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Ia diumumkan dalam satu kenyataan oleh Unit Sekretariat, Bahagian Pemantauan & Penilaian, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, di bawah Arahan No 1, 2018 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (berkuatkuasa 31 Okt, 2018), MTNg diwujudkan di setiap negeri sebagai badan utama peringkat negeri yang bertanggungjawab memastikan keputusan Majlis Tindakan Negara (MTN) di peringkat persekutuan dilaksanakan.

MTNg bertindak sebagai platform penyelarasan utama bagi keputusan dasar berkaitan penyelarasan perancangan, pemantauan dan pengesanan pelaksanaan dasar dan program/projek pembangunan serta inisiatif semasa kerajaan Persekutuan di peringkat negeri, menurut kenyataan itu.

Majlis itu akan bermesyuarat setiap suku tahun.

Bagi Kelantan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju melantik Mohamad Azmin sebagai pengerusi MTNg negeri itu.

"Bagi memastikan segala projek pembangunan yang dirancang untuk negeri Kelantan dapat berjalan dengan lancar, kerajaan Persekutuan amat berharap agar kerajaan Negeri memberikan kerjasama sepenuhnya.

"Ini penting dalam memastikan usaha keras kerajaan Persekutuan untuk membawa pembangunan fizikal dan insaniah ke seluruh jajahan di Kelantan akan dapat memberikan impak yang optimum kepada negeri dan rakyatnya," menurut kenyataan itu.

Komitmen kerajaan Persekutuan untuk melonjakkan pembangunan Kelantan adalah jelas apabila ia diletakkan sebagai salah sebuah negeri yang diberi keutamaan dalam pengagihan peruntukan pembangunan sepertimana yang dinyatakan dalam Tonggak Ke III Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (2018-2020).

Cadang Tambah Baik Dana Rumah Mampu Milik RM1 Bilion


oleh DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

1. Tahniah kepada Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta beberapa institusi kewangan yang terlibat dalam menyediakan Dana Rumah Mampu Milik sejumlah RM1 bilion kepada golongan berpendapatan rendah di negara ini. 

2. Saya berharap agar dana ini benar-benar dapat membantu rakyat untuk memiliki rumah pertama dengan kadar pembiayaan munasabah sekaligus mengurangkan lambakan rumah yang tidak terjual (overhang properties). 

3. Berdasarkan spesifikasi atau syarat dana yang ditawarkan, saya ingin mencadangkan tiga penambahbaikan agar ia lebih inklusif dan dimanfaatkan dengan baik; 

(i) PERTAMA, menaikkan kelayakan nilai rumah daripada RM150,000 kepada RM200,000. Rumah mampu milik di negeri-negeri dijual mengikut jenis dalam lingkungan harga bermula RM42,000 (kurang 800 kaki persegi) sehingga RM200,000 (lebih 800 kaki persegi). Sekiranya nilai harga ditingkatkan, maka rakyat khususnya yang telah berkeluarga boleh menikmati pilihan yang lebih baik. 

(ii) KEDUA, had maksimum kelayakan pemohon dicadang supaya diselaraskan dengan pendapatan purata kumpulan B40 berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2016 iaitu RM2,848 sebulan. Pada tahun 2014, kira-kira 34% isi rumah kumpulan B40 di bandar, manakala 16% di luar bandar tidak memiliki rumah. Kenaikan had maksimum boleh meluaskan akses kumpulan sasar memiliki rumah dengan kadar keuntungan pembiayaan dan tempoh pembayaran yang kompetitif.

(iii) KETIGA, Kerajaan juga perlu fokus kepada pengupayaan kemampuan rakyat memiliki rumah bukan sekadar penyediaan rumah mampu milik. Isu serius yang membelenggu rakyat khususnya golongan belia (18 tahun hingga 44 tahun) adalah kes kebankrapan. Sejumlah 64,632 orang belia telah bankrap sejak 5 tahun yang lalu. Program celik kewangan boleh membantu memulihkan prestasi kredit (creditworthiness) sehingga mereka boleh memiliki rumah sebagai keperluan asas. 

4. Saya berharap agar cadangan penambahbaikan ini boleh dipertimbangkan oleh pihak yang berautoriti. PAS juga bersedia berbincang untuk bersama-sama membantu dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Sekian.

“Islam Memimpin”

FB :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2363386960337987&id=569086473101387

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

Subky: Islam Memimpin formula satukan PAS dan Umno


Islam memimpin - tema yang diangkat pada Muktamar PAS tahun lalu dilihat sebagai formula untuk satukan PAS dan Umno.

Veteran PAS, Subky Latif berpendapat, PAS melalui formula itu sudah memberi isyarat kepada semua pihak (termasuk Umno) untuk mencari menjalinkan perpaduan.

"Perkara ini bukanlah payah bagi PAS dan Umno untuk mengikuti formula ini.

"Ia bukan syarat kepada Umno, tetapi kita sampaikan dakwah dan formula untuk bersatu melalui Islam Memimpin.

“Pandai-pandailah tafsir," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hala tuju kerjasama antara PAS dan Umno dalam landskap politik semasa.

Ia susulan kerjasama yang dijalinkan kedua-dua parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini termasuk di parlimen Cameron Highlands, baru-baru ini.

Malah menurut Subky, sekiranya formula itu dapat diikuti Umno tidak mustahil kerjasama itu akan berterusan termasuk pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

"Perkara itu tidak mustahil. Pada masa ini strategi masing-masing ialah untuk menghadapi musuh lebih besar iaitu Pakatan Harapan (PH).

"Pada PAS satu masa dulu Umno adalah musuh, tetapi sekarang Umno tiada apa-apa lagi. PAS dan Umno kini menghadapi musuh yang sama," katanya.

Tambah bekas ahli jawatankuasa PAS pusat itu, formula Islam Memimpin itu bukanlah diwujudkan oleh PAS serta-merta sebaliknya anugerah Allah sejak zaman nabi Adam lagi.

"Untuk kesejahteraan dunia adalah Islam memimpin, bila kalangan manusia sudah jahiliah dan kafir, Allah hantar nabi Muhammad SWT untuk Islam memimpin," jelas Subky.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/462369

Politik Melayu dalam PRK Cameron Highlands



Pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands, Sabtu lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengakhiri "kemarau" kemenangan setelah 4 kali tewas dalam PRK sebelum ini iaitu di Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong (Selangor) dan Port Dickson (N.Sembilan).

Ini merupakan peratusan keluar mengundi yang tertinggi berbanding 4 PRK sebelumnya, mencatatkan trend penurunan yang ketara.

PRK dilangsungkan di kawasan luar bandar mencatatkan kira-kira 68% pemilih membuang undi. Malah orientasi budaya politik Melayu luar bandar seperti Cameron Highlands memerlukan sokongan daripada pemimpin tradisonal desa yang konservatif seperti tok batin dan penghulu kampung yang sebahagian besarnya bergantung dari kepada material dan aparatus agama bagi memenuhi keperluan pengikutnya.

Kemenangan calon BN sedikit sebanyak mengubah psikologi dan persepsi selepas kejatuhannya 9 Mei. Ia disifatkan sebagai langkah kanan untuk BN menyusun dan memulihkan semula reputasinya, manakala kekalahan PH membangkitkan protes masyarakat luar bandar terhadap polisi yang difikirkan tidak menguntungkan pengundi. Walaupun janji PH dalam kempen mereka untuk menyalurkan pembangunan kawasan yang agak ketinggalan tidak diambil perhatian pengundi.

Keadaan ini memaksa pengundi Melayu memikirkan tentang keberkesanan PH melindungi kepentingan kelas ekonomi orang Melayu dalam menangani beban harga barangan yang semakin tinggi di luar bandar. Sebagai negeri yang bersumberkan pertanian, masyarakat Felda dan keluarga yang berpendapatan rendah atau B40 terkesan dengan kejatuhan harga komiditi sawit dan getah, penstrukturan semula bantuan sara hidup dan lain-lain bantuan kebajikan sejak 8 bulan PH memerintah.

Bahkan, sejarah kembali berulang menentukan percaturan politik yang tidak lebih daripada perlanjutan sejarah yang berlaku masa lalu. Pengalaman yang dipaparkan ketika era 80-an apabila kemerosotan komoditi paling terendah ketika perdana menteri ke-4 kini kembali semula berulang. Beban sejarah ini merisikokan PH untuk meraih undi dan sokongan.

Di samping itu, BN dan PAS memanfaatkan corak kempennya untuk menyerang PH yang dianggap "kurang mesra" dengan masyarakat luar bandar Felda berbanding era Datuk Seri Najib Razak. Najib antara aktor penting dan nilai tambah bagi Umno Pahang. Sebagai anak jati Pahang dan putera Tun Razak Hussein menebalkan, pengaruh Najib terhadap orang Melayu di kawasan Felda.

Perhatian terpusat pada kawasan DUN Jelai yang merupakan perkampungan tradisi Melayu Felda dan pos Orang Asli yang disifatkan deposit tetap dan "bank undi" kepada BN.

Berbanding dengan Tanah Rata yang komposisinya adalah pengundi Cina yang sejak akhir ini kritikal dengan Umno. Apatah lagi, hampir keseluruhan pengundi Cina dianggap menyokong PH-DAP, manakala masyarakat Pribumi dikira memberikan komitmen sepenuhnya kepada BN dan PAS.

Ternyata perbezaan ruang dan identiti parti politik Melayu dan multietnik menyemarakkan pertembungan untuk mendapatkan sokongan kumpulan etnik masing-masing. Namun begitu, konstituensi dari pengundi Cina dan India begitu penting walaupun dalam kuantiti yang sedikit dalam menentukan kemenangan sesebuah parti khususnya BN.

Malah PH kalah di beberapa peti undi di kawasan Tanah Rata dan Berinchang yang diletakkan sebagai kubu kuat PH akibat protes pengundi muda yang dahulunya mengundi mereka.

Sebagai kawasan yang majoriti penduduknya terdiri dari Melayu 34% dan Orang Asli 21% tidak dinafikan menguntungkan BN dan PAS. Dalam suasana koloborasi Umno dan PAS ketika ini, parti pembangkang menampilkan diri mereka sebagai pelindung kumpulan etnik dan agama sebagai 1 formula.

Hubungan ini menandakan "koleksi baru" parti Melayu dibentuk pasca PRU14 untuk membangkitkan tuntutan kaum yang dirasakan wajar. PH juga berdepan cabaran bertali arus dengan kebangkitan nasionalis Islamis yang bersifat populis ditonjolkan menerusi kerjasma Umno dan PAS.

Orientasi sedemikian menyukarkan PH untuk meyakinkan pengundi di luar bandar sebagai alternatif parti yang dapat menggantikan Umni/BN kerana dianggap parti penaungan (patronage) dalam melindungi kepentingan segmen Melayu dan orang Asli.

Selain, pergantungan sokongan kaum Pribumi tidak boleh dipandang kecil dengan personaliti pemimpin tempatan iaitu Ramli Mohd Nor sebagai calon "heavyweight".

Kenyataan ini memecahkan tradisi kerusi BN yang lazimya ditandingi calon MIC yang mewakili masyarakat India. Bahkan kekalahan calon DAP buat kali ke-3 merupakan satu tamparan berat terhadap parti tersebut. Namun agak keterlaluan untuk menyatakan tamparan itu sebagai "tamparan maut".

Setelah 5 PRK diadakan, BN dapat mempertahankan posisinya di luar bandar, manakala PH unggul menguasai demografi yang bercirikan bandar dan semi bandar.

Secara tersiratnya, kedua blok parti ini hanya mempertahankan kerusi yang dimenangi dalam PRU14 yang lalu. Belum ada lagi kawasan PRK yang bertukar tangan. Adakah PRK Semenyih akan menjadi kerusi pertama yang akan berpindah tangan selepas kebangkitan parti politik Melayu di Cameron Highlands dijadikan sebagai kayu ukur? Lebih-lebih lagi akan menyaksikan seteru utama Umno dengan PPBM akan berentap sebagai parti Melayu.

Mohd Azizi Jaeh ialah pelajar PhD dalam bidang Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).




PRK Cameron Highlands: Linangan Air Mata PAS


Oleh: Ustazah Asmak Husin

SAYA berteleku memerhatikan pengorbanan yang dibuat oleh penyokong PAS tegar untuk mengundi Barisan Nasional. Bagi orang biasa mungkin mereka tidak merasa apa-apa apabila mengundi mana-mana calon. Yang penting siapa yang dia rasa baik, maka dia akan pangkah.

Ada sesetengahnya juga memangkah dengan sebab yang mudah seperti siapa yang paling banyak muncul dalam newsfeed Facebooknya dia pangkah, siapa yang dia rasa bendera penyokong nampak lebih banyak di luar pusat mengundi, dia akan pangkah parti tersebut dan macam-macam sebab lagi. Malah ada yang memilih untuk tidak mahu mengundi kerana bagi mereka, undi siapa pun sama sahaja.

Tetapi bagi penyokong tegar, mengundi adalah satu ibadah yang sangat besar, biarpun tidak menang tetapi sekurang-kurangnya mereka sudah menggunakan kuasa di tangan mereka untuk usaha menegakkan agama Allah di atas muka bumi. Bukan semua orang boleh memahami perasaan ini, tetapi saya sebagai orang yang sudah lama terdidik dengan tarbiah ini semenjak kecil, saya sangat memahami perasaan ini. Sesetengah orang merasakan ini bahana indoktrinisasi dan melabelkan sebagai fanatik. Sebaliknya kami tidak pernah terasa dipaksa. Ianya subur hasil didikan dan pilihan kami setelah memahami setiap Talaqqi yang kami dapati dari pemimpin dan orang tua kami. Saya pasti sahabat daripada parti PAN juga memahami perasaan ini walaupun mungkin mereka menafikannya. Oleh sebab itu saya memahami mengapa mereka memilih untuk berjuang di dalam parti lain untuk menegakkan agama Allah. Namun saya sejak dahulu, apabila diajak menyertai kepimpinan Umno mahupun PAN, saya lebih yakin untuk bersama PAS dulu kini dan selamanya insyaAllah. Adakah saya fanatik? PAS juga adalah sebuah parti politik aliran demokrasi yang meletakkan perjuangan Islam sebagai asas dan ijtihad saya meyakini jalan ini.

Umno di luar politik adalah sahabat tetapi mereka menjadi musuh yang lama dalam dunia politik. Pernah berta'awun, pernah bertahaluf, pernah juga bermusuh sampai ke tulang hitam. Hubungan PAS dan Umno penuh dengan perasaan manis bercampur pahit lagi membusung di dalam dada. Saya tersenyum apabila ada yang menuduh PAS sebagai lebai bisu apabila berdepan isu 1MDB dan lain-lain. Mereka ini hilang ingatan ataupun pura-pura tidak cerdik? Hal ini kerana kawasan yang banyak dimenangi PAS dalam PRU14 ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah masih lagi mengekalkan pertembungan musuh tradisi PAS dan Umno walaupun pada awalnya seakan rakan-rakan PH ingin menggugat tetapi ternyata mereka tidak diterima oleh sebahagian besar rakyat di kawasan tersebut. Agak-agaknya isu apa yang PAS gunakan untuk menumbangkan lawan tradisi kami?

Ironinya, perubahan kerajaan di Persekutuan dan pendekatan barisan kepimpinan baharu yang penuh kontroversi, kurang berpengalaman, pelaksanaan tuntutan hak yang tidak seimbang, sambil lewa berjanji dan tidak pasti ingin menunaikannya atau tidak, kenyataan tergopoh gapah, isu rasisme yang diangkat secara persepsi telah menyebabkan semua rakyat Malaysia berhenti sekejap dan berfikir sejenak. Sehingga akhirnya, penyokong tegar terpaksa keluar dari kepompong dan berfikir di luar kotak yang pastinya mengundang kegelisahan yang memeritkan terutamanya bagi orang muda seperti saya yang ketika berlaku peristiwa besar perpecahan PAS 1978, saya masih dalam perut ibu. Kami tidak biasa dengan praktis ijtihad yang menyongsang horizontal walaupun semuanya demi kelangsungan Islam.

Mujurlah kami diajar wala' kepada pimpinan dan kami penuh yakin dengan konsep syura yang ada, setiap keputusan sudah melalui sistem penapisan spiritual mahupun ruhiyah.

Walaupun bagi orang lain, ia hanyalah satu undi dan ada juga bertepuk tangan kerana akhirnya PAS bekerjasama dengan Umno telah membenarkan dakwaan mereka selama ini. Biar orang Umno bergabung dengan PPBM atau PKR tetapi jangan sesekali dengan PAS. Tetapi bagi setiap penyokong tegar PAS dalam PRK kali ini, tugasan ini dilakukan dengan penuh linangan air mata kerana terpaksa berkorban perjuangan dan perasaan hanya kerana untuk maksud yang satu sahaja iaitu menegakkan kuasa Islam walaupun di hati hanya Allah yang mengetahui kocakan yang berlaku.

Wahai penyokong dan pendukung PAS, marilah kita teruskan munajat dan tarbiah kita kerana ke depan kita harus menghadapi setiap situasi dengan penuh kesabaran, bertenang, istiqamah, kreatif, ilmu dan kefahaman yang jelas dan moga-moga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah pasti akan mengilhamkan jalan keluar.

Hanya Allah yang mengetahui masa lepas, masa sedang dan masa depan. Yang pastinya hikmah Islam memimpin yang harus diutamakan dalam arus perubahan kali ini. Yang lainnya kita serahlah pada Allah. Demi Islam kami sanggup terima semua sahabat kami sama ada Umno, PAN, PKR, Bersatu mahupun yang lain asalkan Islam memimpin.

Coretan ini hanya untuk ahli PAS sahaja.

ASMAK HUSIN ialah Ahli Dewan Negara

Seusai keputusan PRK CH - HARAKAHDAILY 27/1/2019

FB IPC diserang tentera bawang selepas batal hak Malaysia


KUALA LUMPUR: 'Laman media sosial Facebook Sukan Paralimpik Antarabangsa (IPC), teruk 'diserang' ribuan netizen Malaysia sejak Ahad.



‘Bala tentera bawang’ ini rata-ratanya membidas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

Pagi ini sahaja, kenyataan yang dimuat naik berkaitan ketegasan jawatankuasa tersebut berhubung negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu atas alasan politik mendapat respons hampir 40,000 pengguna Facebook.

Antara komen paling banyak diutarakan adalah kami tidak kisah, kami bersama Palestin.

"Kami tidak kisah, bangga dengan keputusan Malaysia dan bangga jadi rakyat Malaysia," kata salah seorang pengguna Facebook, Anjallai Vadivil.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Ahad memutuskan untuk melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang bakal dianjurkan di Kuching, Sarawak.

Presiden IPC, Andrew Parsons berkata perkara tersebut diputusan jawatankuasa itu semasa bermesyuarat di London.

Ia susulan Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Dalam Negeri gagal memberi jaminan diperlukan perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.




Mengapa Takut Umum Status ECRL?


oleh: YB. HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM

Saya telah mengeluarkan kenyataan pada 23 Januari lalu berhubung pertanyaan mengenai status terkini ECRL. Kenyataan saya dibuat ekoran dua agensi media telah melaporkan pembatalan projek ECRL iaitu The Edge (18 Januari) dan The Straits Times Singapore (21 Januari). Walhal, tiada satu pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan dalam tempoh tersebut. 

Kemudian pada 26 Januari, YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan kerajaan telah membatalkan projek ECRL kerana tidak mampu untuk menanggung kadar bunga tahunan yang mencecah RM500 juta setahun. Kenyataan beliau telah mengejutkan beberapa Menteri Kewangan dan YAB Timbalan Perdana Menteri. Persoalannya, bagaimana keadaan caca merba ini boleh berlaku? 

Mengapa pihak kerajaan masih belum mengumumkan keputusan rasmi berhubung status terkini projek ECRL? Apa perkara yang cuba diselindungkan oleh Jemaah Menteri? Siapa sebenarnya menteri yang bertanggungjawab ke atas projek ECRL? Perkara penting seperti ini menggambarkan kelemahan ketara pihak kerajaan dalam mentadbir negara. 

Saya mendesak pihak kerajaan segera membentangkan status terkini projek ECRL termasuk ganti rugi yang telah dibayar ekoran penangguhan projek yang telah dibuat sejak Julai 2018. Saya juga meminta siapakah pihak yang membocorkan maklumat penting projek ECRL kepada pihak media sebelum perkara ini dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu? 

Sekian





PRK Cameron Highlands: Ramuan lengkap termasuk kerjasama PAS faktor menang


MUKADIMAH

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) Parlimen Cameron Highlands melakar sejarah baharu buat Barisan Nasional (BN) apabila menyaksikan hasil kerjasama antara UMNO dan PAS menyaksikan BN bukan sahaja mempertahankan Parlimen itu tetapi meningkatkan majoriti sehingga lima kali ganda berbanding yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagi mengupas kemenangan bermakna itu, wartawan Utusan Malaysia, ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN mendapatkan pandangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK berkenaan.

UTUSAN: Ini adalah ujian pertama Datuk Seri selepas menjadi Pengerusi BN Pahang. Bagaimana Datuk Seri melihat kemenangan ini?

WAN ROSDY :
Ia adalah kejayaan sebagai satu pasukan termasuk bersama dengan PAS. Saya tidak boleh kerja seorang, ada yang kata ini sebab Datuk Seri Wan sebagai Pengarah Pilihan Raya BN. Yang sebenarnya sebab jentera, bantuan semua pihak dan banyak lagi termasuk bantuan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas Pengerusi BN) dan juga Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Apakah faktor yang mendorong kepada kemenangan BN?

Banyak faktornya yang kalau boleh saya rumuskan adalah antaranya Pas tidak meletakkan calonnya dan jentera kita bekerja kuat. Kemudian tuduhan-tuduhan Pakatan Harapan (PH) yang tidak berasas dan pembangunan yang ada di Jelai serta Tanah Rata yang kita buat selama ini. Itu yang menyebabkan kita menang. Contohnya, kalau kita buat gulai kari tidak ada ikan ia tidak jadi. Kalau kita tidak letak gula pun tidak menjadi. Jadi ramuan itulah yang menyebabkan kita menang.

PH sekarang adalah kerajaan dan mereka turun berkempen berterusan membawa pemimpin-pemimpin tertinggi termasuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi mereka masih gagal.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh PH tidak diterima rakyat kerana boleh dikatakan lebih 80 peratus tidak betul. Sebagai contoh, mereka kata tidak ada pembangunan di Jelai dan Tanah Rata seda­ng­kan rakyat boleh melihat sendiri pembangunan yang berlaku.

Tuduhan mereka mengatakan bahawa kerajaan negeri berhutang banyak sedangkan perkara ini telah pun diselesaikan dan kita pun berbincang dengan kerajaan Persekutuan. Pengundi menilai dengan bijak dan mereka berasakan bahawa janji atau tuduhan, isu-isu yang dibangkitkan adalah tidak relevan selain melihat PH gagal menunaikan janji dalam manifesto mereka.

Bagaimana Datuk Seri melihat kerjasama dengan Pas yang benar-benar mampu diterjemahkan dalam PRK Cameron Highlands kali ini?

Semasa saya mula bertanding pada 2004 hingga 2018, pertembungannya adalah antara PAS dan UMNO. Hati kecil saya berdetik kerana kita sebangsa, seagama, saya mula terfikir bila PAS dan UMNO ini akan bekerjasama. Alhamdulillah selepas 9 Mei bibit-bibit untuk kita bekerjasama dapat direalisasikan dan ini cukup penting supaya agama, bangsa dapat kita pertahankan.

Apa pandangan Datuk Seri tentang masa depan kerjasama antara UMNO dan Pas khusunya dalam berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sejak awal saya sudah katakan andainya PAS bertanding dan UMNO bertanding, kedua-dua parti ini akan kecundang. Yang menang orang lain kerana kita akan terbahagi dua sedangkan mereka (penyokong PH) solid memberi undi kepada calon mereka. Saya menaruh harapan tinggi kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi agama bangsa dan negara. Kita akan bertolak ansur (pembahagian kerusi) mana-mana kerusi PH kalau banyak memihak kepada Pas kita bagi kepada mereka dan kalau memihak UMNO bagi kepada UMNO, yang penting kita berpakat dan kita menang.

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ramuan-lengkap-termasuk-kerjasama-pas-faktor-menang-1.830778#ixzz5ds7NGQGe

Mengapa kerjasama BN dan PAS takutkan Pakatan Harapan?


oleh: Dr Asyraf Wajdi Dusuki
28 Januari 2019
KEPUTUSAN PRK Parlimen Cameron Highlands hakikatnya mengesahkan bahawa jika berlaku kerjasama antara BN dan PAS, sudah tentu mampu menatijahkan keputusan yang memberangsangkan.

Sebab itulah PH hakikatnya gerun dan amat takut jika kerjasama ini benar-benar berlaku. Jika dianalisis secara terperinci keputusan PRU14 lepas, kerusi BN yang dimenangi di 79 kerusi Parlimen boleh berubah menjadi 126 kerusi Parlimen jika PAS-BN betul-betul bergabung dan bertanding satu lawan satu dalam PRU14 lalu.

Selain 18 kerusi yang sememangnya telah dimenangi PAS, gabungan BN dan PAS secara teorinya berdasarkan jumlah undi yang diperoleh kedua-dua parti, sepatutnya mudah mengalahkan PH di 29 kerusi Parlimen lain. Antara 29 Parlimen itu termasuklah seperti berikut:

1. Kerusi P002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (15,306) dan PAS (8,465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20,909) sebanyak 2,862 undi.

2. Kerusi P005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (12,413) dan PAS (12,829), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (18,695) sebanyak 6,547 undi.

3. Kerusi P006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16,975) dan PAS (13,375), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (29,984) sebanyak 366 undi.

4. Kerusi P008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18,390) dan PAS (23,401), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (28,959) sebanyak 12,832 undi.

5. Kerusi P010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19,400) dan PAS (23,143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36,624) sebanyak 5,919 undi.

6. Kerusi P014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (20,830) dan PAS (19,618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30,902) sebanyak 9,546 undi.

7. Kerusi P015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (23,963) dan PAS (22,760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45,532) sebanyak 1,191 undi.

8. Kerusi P017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (15,449) dan PAS (22,911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31,724) sebanyak 6,636 undi.

9. Kerusi P018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18,299) dan PAS (12,885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23,159) sebanyak 8,025 undi.

10. Kerusi P057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (13,655) dan PAS (12,312), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (16,753) sebanyak 9,214 undi.

11. Kerusi P063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (33,341) dan PAS (14,948), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (38,661) sebanyak 9,628 undi.

12. Kerusi P074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21,555) dan PAS (10,135), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (21,955) sebanyak 9,735 undi.

13. Kerusi P077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19,314) dan PAS (10,311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24,672) sebanyak 4,953 undi.

14. Kerusi P080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17,500) dan PAS (7,866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20,659) sebanyak 4,707 undi.

15. Kerusi P082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17,628) dan PAS (17,515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28,578) sebanyak 6,565 undi.

16. Kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13,667) dan PAS (14,696), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (22,807) sebanyak 5,556 undi.

17. Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (22,094) dan PAS (14,734), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (23,998) sebanyak 12,830 undi.

18. Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23,684) dan PAS (5,706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25,716) sebanyak 3,674 undi.

19. Kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16,636) dan PAS (7,220), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (17,350) sebanyak 6,506 undi.


20. Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27,392) dan PAS (16,620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40,783) sebanyak 3,229 undi.

21. Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21,344) dan PAS (8,535), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (29,842) sebanyak 37 undi.

22. Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26,412) dan PAS (31,425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47,731) sebanyak 10,106 undi.

23. Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (26,127) dan PAS (18,731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43,239) sebanyak 1,619 undi.

24. Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19,701) dan PAS (6,845), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (23,840) sebanyak 2,706 undi.

25. Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17,845) dan PAS (4,347), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (18,045) sebanyak 4,147 undi.

26. Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21,433) dan PAS (4,598), mengatasi undi calon PH-PAN yang menang (22,435) sebanyak 3,596 undi.

27. Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (27,761) dan PAS (8,961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32,420) sebanyak 4,302 undi.

28. Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18,223) dan PAS (4,548), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (21,511) sebanyak 1,260 undi.

29. Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20,731) dan PAS (2,962), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (21,255) sebanyak 2,438 undi.

Berdasarkan di atas, jika dijumlahkan kerusi yang dimenangi BN (79 Parlimen), PAS (18 Parlimen) dan 29 Parlimen yang tidak sepatunya dimenangi PH jika wujud penggabungan antara BN dan PAS, maka gabungan BN-PAS sepatutnya dengan mudah menubuhkan kerajaan dengan jumlah kerusi Parlimen sebanyak 126.

Sebab itulah PH bersungguh-sungguh mahu memastikan kerjasama BN dan PAS ini tidak akan berlaku. Namun, alhamdulillah PRK Parlimen Cameron Highlands telah membuktikan bagaimana kerjasama BN dan PAS telah meningkatkan majoriti BN daripada hanya 597 pada PRU14 kepada 3,238 undi dalam PRK yang baru selesai.

Kita doakan agar Allah permudahkan dan merealisasikan kerjasama ini demi memastikan perjuangan agama, bangsa dan kestabilan tanah air tercinta dapat dipertahankan.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Kesan berpanjangan PRK Cameron Highlands


Walaupun perincian keputusan pilihan raya menunjukkan tidak banyak beza antara apa yang diperoleh oleh pihak-pihak bertanding, tetapi kemenangan Barisan Nasional tetap memberi suntikan semangat kepada parti itu.

Keputusan itu menunjukkan sokongan pengundi lebih kurang tidak berubah sejak pilihan raya umum ke-14 yang lalu.

Pemerintahan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 9 bulan lalu tidaklah mengubah pendirian pengundi untuk menyokong Pakatan Harapan. Segala pendedahan baru mengenai kepincangan dalam kerajaan BN lepas juga tidak dihiraukan oleh pengundi.

Nasib buruk yang menimpa pucuk pimpinan Umno juga tidak membuatkan pengundi meninggalkan BN.

PH hanya dapat mengurangkan undi lawannya dan ada kampung Umno yang dapat ditembus oleh PPBM. Amanah tidak dapat menarik penyokong PAS supaya tidak mengundi BN. Penyokong DAP tidak pulang kerana Perayaan Tahun Baru hampir tiba.

Pergantungan parti itu pada pengundi bukan pemastautin menjejaskan perolehan undi mereka.

Namun keputusan pilihan raya kecil itu tetap penting dan kesannya adalah berpanjangan, bukan saja bagi BN dan PH tetapi juga rakyat umum Malaysia.

Datuk Seri Mohamad Hasan yang pertama kali berperanan sebagai pemimpin utama Umno dan BN dalam menghadapi pilihan raya tentu diberikan kredit kerana berjaya dengan strateginya, iaitu menjadikan seorang Orang Asli Muslim calon BN bagi meraup undi Bumiputera; Melayu dan Orang Asli.

Dengan sokongan PAS, strategi BN berjaya.

Maka sepanjang kempen, kedudukan dan kepentingan Orang Asli di negara ini menjadi tumpuan yang akhirnya membawa kepada Ramli Mohd Nor muncul sebagai ahli Dewan Rakyat Orang Asli pertama negara.

Ia juga bermakna beliau mengubah kedudukan Cameron Highlands sebagai kawasan yang dikhaskan untuk wakil kaum India sejak tahun 2004 apabila ia mula diwujudkan sebagai kawasan untuk calon Orang Asli.

Sejak tahun 2004, BN meletakkan calon daripada MIC dan sentiasa menang di situ, iaitu bagi pilihan raya 2008, 2013 dan 2019.

Satu lagi komponen BN yang didominasi kaum India, Parti Progresif Penduduk (myPPP) berulang kali melobi untuk mendapatkan peruntukan kerusi di situ.

Selama ini, pihak utama yang dikalahkannya ialah calon DAP. Parti itu juga meletakkan calon dari kaum India. Ini menjadikan Cameron Highlands sebagai kawasan India walaupun pengundi dari kaum itu bukanlah bilangan terbesar.

Kemenangan calon BN adalah kerana sokongan pengundi Melayu dan Orang Asli.

Pada tahun 2004, 2008 dan 2013, DAP menggunakan lambang roket. Dalam pilihan raya tahun 2013, calon DAP turut mewakili Pakatan Rakyat, yang di dalamnya ada PAS. Tetapi pada masa itu Berjasa, sebuah parti pecahan PAS bertanding.
Adalah dipercayai undi penyokong PAS tidak pergi ke Pakatan Rakyat, tetapi melencong ke Berjasa.

Dalam pilihan raya 2018, DAP menggunakan lambang PKR sebagai mewakili PH, yang di dalamnya ada PKR dan PPBM yang merupakan parti pecahan Umno dan Amanah, sebuah parti pecahan PAS.

Tetapi pada masa PAS bertanding, adalah dipercayai PH tidak memperoleh banyak undi Melayu. Sebaliknya undi India yang menentang BN berpecah. Ini kerana Parti Sosialis Malaysia yang meletakkan calon dari kaum India turut bertanding.

Pilihan raya kecil kali ini mendapati DAP menggunakan lambang Harapan dengan harapan orang Melayu yang menyokong PKR, PPBM dan Amanah akan mengundi calonnya. Tetapi melihat keputusan, perkara itu tidak berlaku.

Dalam kalangan PH, kawasan Cameron Highlands dianggap kawasan DAP kerana sejak diwujudkan pada tahun 2004, parti itu bertanding menentang MIC yang mewakili BN.

Dalam pilihan raya baru-baru ini, MIC melepaskan kawasan itu apabila BN memilih Ramli sebagai calonnya. Ramli diisytiharkan bukannya dari Umno, tetapi calon BN yang disokong PAS.

Tetapi kalau dari segi parti tentulah Ramli tidak boleh menyertai MCA atau MIC. Tentunya beliau adalah sebahagian daripada Umno yang merupakan sebuah parti Bumiputera.

Kalau PH hendak mengambil kira sudut kaum, iaitu apabila BN letak calon Orang Asli, maka DAP pun patut menyediakan calon Orang Asli untuk bertanding di Cameron Highlands pada masa-masa akan datang.

Kalau DAP tidak berupaya menyediakan calon Orang Asli, maka kawasan itu wajar dilepaskan kepada parti lain dalam PH, sama ada PKR, PPBM atau Amanah. Tetapi sebagai parti pribumi, PPBM paling sesuai.

Ada kalangan pendokong PH yang melihat bahawa dalam konsep Malaysia Baru, kaum tidak wajar dijadikan perkiraan untuk memilih calon, sebaliknya kemampuan dan keberkesanan bekerja perlu merupakan keutamaan. Maknanya merit calon patut diutamakan daripada kaum. Tetapi itu adalah fantasi. Pada realiti, politik Malaysia masih tegar dengan soal kaum.

Walaupun Umno dan PAS jelas menimbulkan isu Melayu dan Islam sejak BN kalah pilihan raya umum 9 Mei lalu, tetapi PH gagal menangkis dan menanganinya. Akibatnya terdapat suasana tidak kemas dalam hubungan antara kaum, terutamanya Melayu-India.

Usaha kerajaan PH memperbaiki hubungan kaum, terutama antara orang Melayu dan India melalui konsep hak asasi manusia dan Rahmatan Lil Alamin tetap tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang Melayu, malah termasuk kalangan sebahagian penyokong PH.

Kenyataan yang dianggap tidak sensitif pemimpin India PH, daripada Hindraf dan DAP, tidak dapat diterima oleh bukan saja penyokong BN, tetapi juga sebahagian penyokong PH dari PPBM, PKR dan Amanah.

Antaranya ialah isu Konvensyen Antarabangsa mengenai Pembasmian Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang mula ditimbulkan oleh pemimpin DAP dan turut disokong PKR dieksploitasi sepenuhnya oleh Umno dan PAS walaupun kerajaan sejak dari awal menolaknya secara rasmi.

Oleh sebab itulah banyak orang Melayu yang menyokong PH turut mahukan Ramli menang dalam PRK itu supaya memberi pengajaran kepada DAP, PH dan kerajaan persekutuan. Perkara ini dapat dikesan dalam komen mereka di media sosial.

Tetapi para penyokong PH dalam kalangan orang Melayu sedar bahawa DAP merupakan parti utama dalam gabungan itu. Tanpa DAP, kekuatan PKR, PPBM dan Amanah tidak akan mencukupi untuk menghadapi BN.

Tetapi PH tidak boleh mengikut rentak perkauman yang digunakan oleh penyokong-penyokong Umno-PAS. Jalan yang dicari adalah bagaimana hendak mengukuhkan perpaduan kaum melalui urus tadbir baik kerajaan, tanpa menyentuh sensitiviti kaum.

Inilah cabaran besar bagi PH kerana kegagalan menanganinya boleh membawa kekalahan pada pilihan raya umum ke-15 kelak. Sebaliknya, bagi BN, kemenangannya di Cameron Highlands itu membuktikan strategi kerjasama Umno-PAS akan mendatangkan kejayaan.

Selepas ini, tumpuan akan diberikan pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih yang juga mempunyai penduduk majoriti Melayu. Kerjasama Umno-PAS akan juga digemblengkan. Cumanya kali ini, calon yang diletakkan adalah dari PPBM.

Umno-PAS dipercayai akan tetap menimbulkan isu berhubung Melayu dan Islam sepanjang penggal ini kerana ia terbukti berjaya di Cameron Highlands. Jika prestasi kerajaan PH tidak bertambah baik, penyokongnya juga akan lari dengan erasaan kecewa.

Walaupun mereka mungkin tidak bersetuju dengan kaedah Umno-PAS, tetapi kekecewaan dan protes boleh mengalih angin.

Buat masa ini, Umno dan PAS mendapat semangat baharu untuk menjatuhkan PH. Sementara itu, DAP dan PH kena kembali ke kamar fikir untuk melakukan bedah siasat, makro dan mikro.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/01/28/kesan-berpanjangan-prk-cameron-highlands/


PRK Cameron Highlands: Isyarat Rakyat Kepada DAP Jangan Mainkan Isu Perkauman




YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

27 Januari 2019
Marang, Terengganu


Tolak Penyertaan Israel: IPC batal hak Malaysia jadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia


KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung mulai 29 Julai hingga 4 Ogos ini di Kuching.

Menurut IPC, keputusan berkenaan dibuat pada mesyuarat lembaga jawatankuasa itu di London setelah Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberi jaminan yang diperlukan bahawa perenang para Israel boleh mengambil bahagian, bebas daripada diskriminasi dan selamat semasa kejohanan itu.

Ia termasuk pematuhan sepenuhnya protokol IPC berkaitan lagu kebangsaan serta bendera dan penyediaan visa yang berkaitan, menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman web rasminya, www.paralympic.org.

“Pergerakan Paralimpik telah dan sentiasa didorong oleh keinginan untuk memacu kemasukan, bukan pengecualian. Tidak kira negara yang terlibat dalam perkara ini, IPC akan mengambil keputusan yang sama jika ia menghadapi situasi yang sama walaupun melibatkan negara yang berbeza,” menurut kenyataan itu.

IPC juga menggalakkan semua yang berpotensi menjadi tuan rumah bagi kejohanan itu supaya menyatakan minat dalam penganjuran acara tersebut sehingga 11 Feb.

Presiden IPC Andrew Parsons berkata Kejohanan Dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi.

“Apabila negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu atas alasan politik, kami tidak tidak mempunyai pilihan kecuali mencari tuan rumah baharu bagi kejohanan itu. Tidak kira negara yang terlibat dalam perkara ini, IPC akan mengambil keputusan yang sama jika berdepan situasi yang serupa melibatkan negara berbeza,

“Pada September 2017 semasa IPC menandatangani kontrak dengan Majlis Paralimpik Malaysia (NPC Malaysia) untuk menjadi tuan rumah acara itu, kami mendapat jaminan bahawa semua atlet dan negara yang layak dibenarkan menyertai acara ini dengan jaminan keselamatan mereka.

“Bagaimanapun, terdapat perubahan kepimpinan politik dan kerajaan Malaysia yang baharu mempunyai idea berbeza. Politik dan sukan tidak pernah menjadi gabungan yang baik dan kami kecewa atlet Israel tidak dibenarkan bertanding di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata memandangkan kejohanan berkenaan menjadi arena untuk kelayakan bagi Sukan Paralimpik Tokyo 2020, IPC akan mencari tuan rumah yang baharu tetapi berusaha untuk mengekalkan tarikh dan syarat kejohanan itu supaya tidak menganggu jadual atlet untuk mencapai tahap terbaik pada akhir Julai.

Kira-kira 600 perenang dari 60 negara dijangka mengambil bahagian dalam acara itu yang menawarkan lebih 160 pingat.

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan mengambil pendirian yang tegas untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada kejohanan itu, bagaimanapun Jawatankuasa Olimpik Israel membantah terhadap keputusan itu dan terus memberi tekanan kepada pihak penganjur untuk mengeluarkan visa kepada atlet mereka.

-- BERNAMA

PRK Cameron Highlands: 'Mereka masih fikir Perdana Menteri masih lagi BN' - Wan Azizah



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata antara faktor penyumbang kepada kekalahan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Higlands adalah disebabkan ada sesetengah pengundi masih membayangkan kerajaan dan Perdana Menteri hari ini adalah dari Barisan Nasional (BN) .

Pada masa sama katanya, faktor kerjasama Pas-BN turut menyumbang kepada kemenangan parti lawan di kerusi Parlimen itu.

“Banyak faktor. Katanya dalam kawasan Menteri Besar. Itu yang tak dapat kita (hendak) berikan penerangan. Mereka masih lagi fikirkan Perdana Menteri masih lagi BN dan Tun Dr Mahathir masih lagi BN. Mungkin (itu) faktor penyumbanglah.

"PAS dan UMNO bekerjasama memang menyumbang kepada majoriti yang meningkat,” katanya kepada media semasa hadir pada Majlis Makan Malam Amal Persatuan Sukarelawan Hospital Ampang (Pesuha) di Kelab Darul Ehsan di sini pada Ahad.

Ditanya sama ada Pakatan Harapan akan memujuk PAS untuk menyokong gabungan parti itu, ini jawapan beliau:

“Kita nak semua memberi sokongan, bukan saja PAS. Tetapi kita negara majmuk. Semua bangsa dalam negara ini bersama-sama memajukan negara kita dan memikirkan polisi untuk semua memajukan negara."

Pada Sabtu, BN berjaya mengekalkan kerusi tradisinya pada PRK Cameron Highlands apabila calonnya Ramli Md Nor menang dengan majoriti 3,238.

Ramli berjaya mendapat 12,038 undi manakala Manogaran hanya mampu meraih sebanyak 8,800 undi.

Dua calon Bebas, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing mendapat 276 dan 314 undi.

Kemenangan Ramli mencipta sejarah apabila calon tunggal Orang Asli ini berjaya melangkah masuk ke Dewan Rakyat.

Jika orang asli nampak, takkan mereka ‘tidak asli’ tak nampak

KEPUTUSAN PRK Cameron Highlands sebenarnya mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, melihat kepada jentera pilihan raya yang turun daripada kedua belah pihak, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), ternyata memberikan kelebihan kepada PH, bukan BN.

Semua jentera PH turun berkempen, daripada yang tertinggi sehingga yang paling rendah. Jarang berlaku dalam PRK, Perdana Menteri turut berkempen. Tetapi di PRK CH, PM sendiri turut berkempen. Begitu juga mereka yang bergelar menteri, timbalan dan lain-lain, berhadapan dengan pembangkang yang rata-rata bermodalkan air liur.

Ikut kertas, PH memang akan memenangi PRK ini. Namun, kuasa Allah adalah segalanya. Barisan Nasional, bukan sahaja menang, tetapi majoritinya turut meningkat. Terkejut dengan kemenangan BN, maka berbagai ulasan yang berat sebelah dilontarkan. Bersentimen dan beremosi kerana tidak puas hati dengan kekalahan PH. Zaman bodek membodek sehingga maruah entah ke mana.

Lebih hina lagi, ada seorang pensyarah bernama Dr Mazlan (UTM) yang mengaitkan dekatnya tarikh PRK CH dengan Tahun Baharu Cina yang akan disambut 10 hari lagi daripada tarikh mengundi PRK CH, yang menyebabkan peratusan mengundi orang Cina rendah. Ternyata beliau amat naif dalam memahami psiki dan budaya masyarakat Cina. Jika tidak faham isu, lebih baik diam. Apatah lagi bercakap soal silang budaya. Saya selaku orang Cina, amat memahami sentimen orang Cina.

Apa kaitan dengan PRK CH dengan Tahun Baharu Cina yang agak jauh lagi? Melihat kepada semangat ultra kiasu mereka, saya tidak fikir mereka tidak mahu balik untuk mengundi? Mereka sudah pun mengundi. Yang tidak balik mengundi itu adalah Cina yang tidak ultra kiasu, yang sudah menyampah dengan PH. Cina tidak ultra kiasu inilah Cina baik, Cina yang dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.

Sebab itu, naif sangat ulasan mengaitkan kekalahan PH dengan sambutan Tahun Baharu Cina. Mengaku sahajalah bahawa rakyat hari ini sudah semakin hari semakin meluat dan muak dengan lakonan ultra kiasu.

Mujahid Yusuf Rawa, selaku menteri di JPM (Hal Ehwal Islam) berkata, kempen menggunakan sentimen perkauman dan agama oleh BN dengan kerjasama PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menjadi punca kekalahan calon Pakatan Harapan (PH). Sentimen dimainkan pakatan pembangkang itu jelas merupakan fitnah terhadap beliau dan kerajaan PH. BN menuduh PH tidak menjaga agama, jual Tabung Haji (TH) dan ikut telunjuk DAP. Kata beliau, semua itu fitnah.

Jika itu fitnah, tangkislah. Inikan zaman siber. Gunakan alat teknologi komunikasi untuk menangkis semua itu. Bukankah kejayaan atau Pakatan Rakyat (PR) dan PH dalam PRU 12, 13 dan 14, atau disebut sebagai tsunami politik, disebabkan oleh kecanggihan alat teknologi kemunikasi. Semua maklumat dapat diakses begitu cepat melalui telefon komunikasi pintar?

Menurut Mujahid lagi, berikutan kemenangan BN pada PRK itu, pihaknya bimbang BN akan menggunakan sekali lagi sentimen perkauman dan agama pada PRK Dewan Undangan Negeri Semenyih, Selangor dan Rantau di Negeri Sembilan.

Jika menurut logik Mujahid dan ulasan beberapa pusat penyelidikan pro PH yang menggunakan fakta yang sama, apakah orang asli turut termakan kempen agama dan sentimen perkauman? Saya tidak fikir BN berkempen di kawasan orang asli membangkitkan isu agama dan sentimen kaum. Apakah kajian tidak dibuat, kenapa orang asli turut menolak PH? Jika orang asli pun nampak, takkan orang yang tidak asli tidak nampak!


IDE: Faktor calon penyumbang utama kemenangan BN



Calon yang sesuai menjadi faktor utama membantu BN memenangi PRK Cameron Highlands semalam, kata sebuah badan pemikir Selangor hari ini.

Menurut Institut Darul Ehsan (IDE) analisis mereka mengenai PRK terbaru itu menunjukkan BN bertindak dengan tepat apabila meletakkan calon yang mewakili demografi pengundi setempat.

"Faktor utama kemenangan BN ialah calon yang dihantar itu mewakili demografi pengundian iaitu 55 peratus adalah kawasan Melayu dan Orang Asli," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut IDE BN juga menyatakan jika calon terbabit menang, maka dia menjadi Orang Asli pertama menjadi wakil rakyat di Dewan Rakyat.

Kata institut itu lagi BN juga tidak mengaitkan Ramli Mohd Nor - calon BN yang menang semalam - sebagai wakil dari Umno.

Katanya BN turut mengambil pendekatan pragmatik dengan menukar calon di kerusi tradisi milik MIC itu kepada Orang Asli dan langkah itu memberikan kesan khusus kepada kepada psikologi pengundi, khususnya dalam kalangan Melayu.

Menurut IDE lagi, kelebihan yang membawa BN menang dengan majoriti lebih besar semalam berbanding keputusan PRU ke-14 disumbangkan oleh pengundi yang berada di kawasan DUN Jelai.

Gagal beri respon sewajarnya

"BN berjaya mengekal 'bank undi' mereka di Jelai yang terdiri daripada 64 peratus pengundi Melayu, 34 peratus Orang Asli dan 2 peratus Cina dan India.

"Tujuh daerah mengundi di Jelai memiliki komposisi Melayu sebanyak 60 peratus dan lebih, manakala lima daerah mengundi lain terdiri daripada Orang Asli," katanya.

Menurut IDE di kawasan mengundi majoriti Melayu ia masih dimenangi oleh BN.

Sementara itu katanya pertambahan lebih 1,300 undi untuk BN - daripada 10,307 kepada 12,038 - disumbangkan oleh sebahagian ahli PAS yang ada di DUN berkenaan.

Walaupun begitu analisis IDE di kawasan majoriti Melayu di Jelai mendapati ketika ramai penyokong Umno keluar mengundi, masih ada segelintir anggota PAS memilih sebaliknya.

"Pada PRU ke-14, PAS menguasai tiga daerah mengundi yang dimenangi dengan melebihi 40 peratus sokongan," katanya.

Sementara itu analisis sama menunjukkan BN mengambil faedah mengatasi calon PH melalui beberapa isu.

Antaranya ialah:

* Isu tanah Felda dan harga komoditi

* Isu integriti

* Isu dan kesilapan calon PH memberi respon kepada laporan media dan media sosial seperti 'kuih orang asli’, pengagihan wang, kenyataan Senator Bob Manolan, perbalahan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan calon memakai baju dengan lambang parti di tempat mengundi.


Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/461942#.XE2hR_lYXFQ.whatsapp

DAP Lupa Tragedi PRK Teluk Intan, PRK Cameron Highlands Mereka Menerima Padahnya


oleh: Naraza Muda
27 January 2019 / 21 Jamadil Awwal 1440

Saya bukan nak ambil kesempatan di atas kekalahan DAP di Prk Cameron Highlands, tetapi itulah hakikat sebenar yang berlaku. Sejak ambil abil alih negara bersama Pakatan Harapan PRU14, hari pertama sehingga 100 hari selepas itu, DAP tidak menunjukan kemesraannya kepada rakyat pengundi melayu Islam.

Selepas lapan bulan, DAP terus menerus memberi tekanan dan celaan kepada Islam. Banyak tindak- tanduk DAP meresahkan orang melayu di Malaysia. Dari tragedi rusuhan kuil yang mengorbankan petugas awam, bantahan ICERD, pembatalan projek rakyat, salur peruntukan kepada sekolah cina sehinggalah perletakan jawatan Agung, hanya berlaku dalam tempuh tidak sampai setahun PH memerintah.

Janji menifesto terus menjadi lawak mereka, semua golongan hampir ditipu PH. Berlaku pertembungan nyata dalam pentadbiran mereka. Piliharaya kerajaan tempatan yang terus diperjuangkan DAP. Dalam satu majlis di Putrajaya, wartawan ajukan soalan kepada perdana Menteri, Apakah Kerjaan PH akan melaksanakan Piliharaya Kerajaan Tempatan, Tun Mahathir memberi jawapan tidak mungkin dilaksanakan, setengah jam selepas Perdana Menteri meninggalkan Majlis, seorang Menteri berucap " walaupun PM tadi kata tidak akan dilaksanakan, saya nak sebut di sini, kita akan laksanakan dalam tempuh tiga tahun lagi. Inilah kecelaruan dan kebiadapan sesama mereka anggota kabinat Pakatan Harapan terhadap Perdana Menteri.

Dalam bab menghina orang melayu dan Islam, saya pernah menulis panjang lebar bagaimana tindakan DAP membawa padah kepada mereka jika orang Melayu dan Islam bergabung menolak mereka. Jadi saya kongsi sebahgian penulisan berkaitan, Dap marah cerita ini diulang siar, tapi saya suka cerita dan kisah benar ini. Dap pernah hilang 7480 undi kerana hina Ulama dan hukum hudud.

Dap memulakan tirai tahun 2014 dengan kesombongan dan merasakan mereka hebat mendapat sokongan dari orang Cina dan Melayu semasa PRU13.

Mereka mula melancarkan gerakan menghina PAS kerana tidak mengugurkan cita-cita membawa hudud sebagai agenda PAS. Mereka hina Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Mereka ugut pengundi melayu, mereka perkecil sokongan pengundi PAS semasa PRU13.

Selama hampir 4 bulan mereka membuat gerakan ini, tiba-tiba Ahli Parlimen DAP Teluk Intan mati mengejut pada 1 Mei 2014. Terduduk mereka resah dan bimbang ketika mereka hina orang melayu dan Islam, mereka perlu hadapi PRK ini di kawasan 37% pengundi melayu Islam.

Sebelum ini mereka berbangga dengan undi yang mereka perolehi semasa PRU13. Majoriti 7,313 adalah sangat besar. Sepatutnya mereka tidak bimbang untuk hadapi PRK Teluk Intan kerana majoriti besar dan undi yang mereka perolehi oleh mediang Seah Leong Peng sebanyak 27,399 undi.

Dap dalam keadaan kelam kabut membuat satu strategi politik yang mengejutkan untuk hadapi PRK Teluk Intan yang berlangsung pada 31 Mei 2014.Dap terpaksa mengambil hati 37 peratus pengundi melayu dengan dan terpaksa meletakan seorang calun anak muda wanita melayu sebagai jalan mengambil hati.

Maka Dyana Sofya Mohd Daud diperkenalkan dan diumum sebagai calon Melayu PRK Teluk Intan di kawasan 53 peratus pengundi cina. 

Perbagai cara mereka berlakon untuk menambat semula hati pengundi khasnya melayu, cara berpakaian , cara kempen, cara makan, cara bercakap, pendek kata semuanya mempunyai ciri melayu.

Ketakutan mereka mejadi nyata. Keputusan PRK Teluk Intan yang dimumkan pada malam 31 Mei 2014, merentap luluh kesombongan mereka selama ini.Calon DAP kalah ditangan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.

Dap hilang kerusi Teluk Intan, Dap hilang undi Melayu Islam.

PRK Cameron Highlands ini agak berbeza sedikit. Mereka sudah menjadi Kerajaan Persekutuan. PRK ini adalah yang kelima selepas PRU Ke-14 dengan tiga pilihan raya sebelum ini membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong. PRK DUN sebelum ini mereka menang kerana kawasan bandar. Atas keyakinan inilah, Dap berusaha menambah pelampau Hindu dalam kabinet , Calon PRK Cameron ini sudah diketahui antara pemimpin utama Hindraf dan beberapa orang kuat Hindraf sudah berada dalam kabinet Pakatan Harapan. Lalu mereka cuba membawa M. Manogaran sebagai Ahli Parlimen jika menang.

Mereka cukup yakin dengan kelebihan sebagai kerajaan yang mereka ada. Mereka persetankan janji piliharaya lalu, mereka membiarkan peneroka felda menderita. Mereka meneruskan penghinaan kepada institusi agama Islam di negara ini. Mereka terus bawa perubahan songsang seperti pergaulan tanpa batasan hakim dan peguam negara, mereka pertahankan majlis joget- joget bersama Siti Kassim.

Mereka yakin sangat- sangat dengan undi bukan melayu diatas faktor mereka sekarang kerajaan persekutuan. Sebab itu mereka berani ugut tok batin, mereka rogol harta kerajaan untuk berkempen. Walaupun kantoi dengan petugas BN, mereka cuba pertahankan. Ini semua memberi imej buruk kepada mereka tanda mereka sedar atau mereka sedar, tapi keyakianan kesombongan mereka sangat tinggi.

Dalam diam dan berstrategi, Umno dan PAS membentuk kerjasama yang tidak sulit. Atas kebersamaan agama, bangsa, mereka duduk mengatur langkah pertama. Di sana ada 3587 pengudi tegar PAS terutama di Felda Sungai Koyan.( udi yang perolehi PAS PRU lalu) Desas desus awal mengatakan mereka akan boikot kerana Pas tidak bertanding. Sehingga ada cerita tersebar mereka sangat berat hati untuk mengundi BN kerana seumur hidup mereka tidak pernah berbuat demikian.

Tuan Guru Presiden PAS terpaksa turun untuk memperbetulkan keadaan. Terang- terang Tuan Guru mengarahkan Pas membantu calon BN dan kena keluar mengundi. Seperti biasa Tuan Guru bersadarkan sirah- sirah nabi dan sejarah Islam. Tuan Guru mula berceita dihadapan petugas- petugas PAS untuk membantu calon BN.

Dalam satu perang, Parsi dan Rom, Rom telah kalah. Nabi Muhammad kecewa dengan kekalahan Rom. Padahal, Rom bukan Islam.Dari sudut politik Nabi telah mengambil langkah kerana mengetahui politik antarabangsa. Jangan pelik jika PAS tidak bertanding melawan Dap. Tapi Pas membantu BN. Tidakah kita dulu lawan BN habis- habisan? Kita kena sedar pertembungan politik dengan Islam.

Jika keadaan merbahayakan kita , memberi mudarat besar kepada Agama dan Umat, kita nak lawan sorang-sorang tidak mampu, jadi kita cari gabungan atau kawan untuk lawan musuh yang lebih besar. Jika BN menang PRk CH ini, kita berjaya menambah satu lagi kerusi Islam dalam parlimen, menjadikan 59 kerusi Islam berbanding sebelum ini 66 kerusi bukan Islam. Inilah sebahagian ucapan taujihat kepada kami sebelum hari pengundian dan Tuan Guru juga berceramah terbuka di Dataran Sungai Koyan dalam tempoh kempen di pentas BN.

Hasil dari kesedaran yang diperingatkan oleh Tuan Guru kepada semua pengundi khas penyokong PAS, Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor, mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila meraih 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran (8,800 undi) dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi). Beliau memperoleh majoriti 3,238 undi berikutan 68.79 peratus daripada 31,639 pengundi keseluruhan, atau 21,428 orang keluar mengundi.

Sivarraajh, pada PRU lalu yang berdepan saingan lima penjuru, menang di kerusi itu selepas memperoleh 10,307 undi, manakala Manogaran meraih 9,710 undi. Calon PAS, Wan Mahadir Wan Mahmud memperoleh 3,587 undi; Parti Sosialis Malaysia (PSM), B Suresh Kumar (680 undi) dan calon Berjasa, Mohd Tahir Kassim, 81 undi.

Berbanding PRU-14, BN berjaya menambah majoriti undi sebanyak 1,731 undi manakala calon PH daripada DAP, Manogaran, yang turut bertanding di kerusi sama pada PRU-14, menyaksikan susutan sebanyak 910 undi. Jadi sekali lagi mereka terduduk kerana meraka tidak mengambil pengajaran PRK Teluk Intan. Hasilnya hampir sama walaupun mereka telah menjadi kerajaan persekutuan. Sekali lagi DAP menerima PADAH.

Akan datang perpaduan dan penyatuan umat Islam lebih besar di Malaysia. InshaAllah.

Sekian. Boleh sebar kepada DAP.

PAS Nak Tolong Siapa Sebenarnya?


PAS NAK TOLONG SIAPA SEBENARNYA?..
Oleh: Ustaz Abdul Karim

UMNO/BN jangan perasan. PAS bukan bantu kamu, tapi bantu ISLAM. ISLAM terhimpit kerana kamu selama ini memerintah tanpa mengukuhkan ISLAM. Kerana terlalu memuja fahaman kebangsaan.. maka inilah hasilnya.

Demi kerana ISLAM lah PAS sanggup mengharungi berbagai caci maki dan fitnah lawan PAS. Demi kerana ISLAM, PAS abaikan rekod silam kamu yang sangat panjang berhempas pulas nak menjatuhkan PAS.

Dengan izin ALLAH, PAS tak jatuh.. malah parti yang selama ini diperlekeh.. kini bantuannya diharapkan. Ingat.. PAS tak pernah berkompromi dengan rasuah dan perasuah!. PAS datang kerana DAKWAH, selamatkan rakyat dan negara setakat mana yang dapat diselamatkan.

Soal menolong parti rasuah tak berbangkit sama sekali.. itu kami serah kepada parti pemerintah untuk bertindak. Soal kamu nak berpura pura setelah terdesak.. itu kami serah pada ALLAH. DIAlah sebaik-baik wakil untuk diserahkan segala urusan.


Larangan Memukul Anak Kecil Yang Sedang Menangis


LARANGAN MEMUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu memukul anak- anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Karena pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bunda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahwa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bunda nya.

Rasulullah SAW Bersabda : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapaknya.

Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapaknya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Subhanallah....

Begitu indahnya syariat islam, sehingga apapun yang dilarang adalah tanda cinta ALLAH untuk manusia.

Sabda Rasulullah SAW ;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada." (HR. Muslim)

Apa yang kita boleh belajar dari PRK Cameron Highlands


APA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARIPADA PRK CAMERON HIGHLANDS

1. BN berjaya mempertahankan kerusi P078 Cameron Highlands apabila memperoleh 12038 undi (majoriti 3238) dalam PRK kali ini. Jumlah ini adalah lebih besar daripada PRU14 yang menyaksikan BN hanya memperoleh 10,307 undi dan menang majoriti tipis 597 undi.

2. PRK ini adalah yang kelima selepas Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson. Berbanding PRK lain, PRK Cameron Highlands mencatatkan jumlah keluar mengundi tertinggi menghampiri 70%. Peratusan tinggi ini disumbangkan melalui jumlah keluar mengundi yang ramai bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mempunyai majoriti orang asli terutama di DUN Jelai.

3. PRK Cameron Highlands menunjukkan kesinambungan trend penolakan bangsa Bumiputera kepada Pakatan Harapan. Kesemua 12 PDM di Dun Jelai berjaya dimenangi BN dengan majoriti besar. Dalam kesemua PRK lain sebelum ini, BN atau Pas juga berjaya menambah undi di kawasan majoriti Melayu / Bumiputera berbanding PRU14 kecuali di Port Dickson disebabkan pengaruh DSAI.

4. BN juga berjaya memenangi semula sebahagian undi kaum India. PDM Ladang Boh 2 yang dihuni majoriti India contohnya, undi kepada BN adalah 2 kali ganda lebih besar daripada jumlah undi PH. Ini membuktikan faktor kaum bukanlah isu utama.

5. Pakatan BN-PAS semakin diterima oleh penyokong bawahan. Dalam PRK pertama di Sungai Kandis, kehadiran penyokong PAS ke peti undi untuk memangkah BN adalah terlalu minimum. Di PRK Cameron Highlands, sekurang kurangnya 70% pengundi PAS pada PRU14 keluar mengundi kali ini dan memangkah BN. Buktinya, BN memenangi 3 PDM yang sebelum ini dimenangi PAS dengan jumlah undi yang sangat besar. Kehadiran saat akhir Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk berkempen menyebabkan keraguan sebahagian besar penyokong PAS hilang.

Sebagai contoh, BN memenangi PDM Bukit Kota dengan 639 undi kali ini berbanding 331 undi pada PRU14. Sementara undi PH tidak banyak berubah daripada 47 undi (PRU14) kepada 46 undi (PRK). Saya sarankan Abang Mat belajar jalan mengengkang dengan lebih baik lagi untuk menghiburkan pengundi.

6. Kebimbangan dan perlecehan sesetengah pihak bahawa kehadiran DS Najib Razak akan 'backfire' kepada penerimaan rakyat terbukti salah. Kedudukan tinggi beliau dan jasanya amat dirasai di kawasan pedalaman dan pinggir bandar apabila semua kawasan yang beliau turun berkempen dimenangi BN dengan majoriti besar. Jangkaan saya sebelum ini tentang impak DSN adalah terbukti benar. [1]

7. Tun Mahathir, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng tiada kesan di hati penduduk luar bandar. Kehadiran trio pemimpin negara ini pada saat akhir semalam di Sungai Koyan tidak memberikan apa apa perubahan terhadap mood pengundi. Sebagai buktinya, undi PH merosot di PDM Sungai Koyan 2 & 3 daripada 223 undi (PRU14) kepada 182 undi sahaja.

BN pula (dengan bantuan PAS) berjaya meningkatkan jumlah undi di PDM tersebut daripada 750 undi (PRU14) kepada 1155 undi kali ini.

8. Peratusan keluar mengundi adalah rendah di PDM majoriti bangsa Cina. Ia menunjukkan kaum tersebut mungkin merasakan PRK ini tidak memberikan apa apa makna atau mungkin bosan dengan politik berpanjangan.

9. Layanan berat sebelah BERSIH dan SPR adalah memualkan dalam PRK kali ini. Ditambah permainan politik perkauman dan tindakan menggunakan jentera kerajaan secara terbuka tanpa segan silu termasuk menyalahguna medium media sosial kementerian sangat menjijikkan dimata bangsa Bumiputera yang beradab.

10. HIJ-RAH perlu diteruskan.

------

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal, Kuala Terengganu

Rujukan:

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2292859200764090&id=100001200986490

Ramli cipta sejarah


cnews@nstp.com.my

BARISAN Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas calonnya, Ramli Md Noor diumum menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) a ini dengan majoriti lebih besar.

Beliau memperoleh 3,238 undi majoriti atau 12,078 undi keseluruhan daripada 89 saluran undi sehingga penjumlahan tamat jam 8.30 malam.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, di Cameron Highlands.

Berdasarkan keputusan rasmi itu, Ramli menewaskan tiga lagi pencabarnya iaitu calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran serta dua calon bebas, bekas pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee yang juga petani tempatan.

Manogaran, yang tiga kali bertanding di kerusi berkenaan sebelum ini memperoleh 8,800 undi, sementara Sallehudin (314 undi), dan 276 undi diperoleh Seng Yee.

Peratus keluar mengundi pula direkodkan sebanyak 68.79 peratus, sementara undi ditolak berjumlah 568 undi.

Dengan kemenangan Ramli itu, menyaksikan sejarah tercipta apabila wakil tunggal mewakili masyarakat Orang Asli bakal diangkat menjadi wakil rakyat bagi mengisi satu slot kerusi di Dewan Rakyat.

Buat pertama kalinya sejak siri PRK selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Mei lalu juga, BN berjaya mencapai kemenangan, biarpun dua PRK terdahulu menyaksikan calonnya tewas iaitu di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan DUN Balakong.

BN tidak meletakkan calon dalam dua PRK iaitu di DUN Seri Setia dan Parlimen Port Dickson, namun memberi sokongan kepada wakil PAS.

Biarpun jumlah undi majoriti dicapai BN bertambah kali ini, keputusan PRK ini tidak mengubah struktur pentadbiran Putrajaya, sebaliknya menyaksikan trend sokongan pengundi di kerusi ini masih kekal sama seperti PRU lalu, di samping bukti kejayaan kerjasama BN dan PAS.

Pada PRK kali ini, seramai 32,009 orang layak mengundi termasuk 247 pengundi awal, 12 pengundi tidak hadir serta 385 pengundi kurang upaya.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Sivarraajh, pada PRU lalu yang berdepan saingan lima penjuru, menang di kerusi itu selepas memperoleh 10,307 undi, manakala Manogaran meraih 9,710 undi. Calon PAS, Wan Mahadir Wan Mahmud memperoleh 3,587 undi, Parti Sosialis Malaysia (PSM), B Suresh Kumar (680 undi) dan calon Berjasa, Mohd Tahir Kassim, 81 undi.

PRK ini adalah yang kelima selepas PRU-14 dengan tiga pilihan raya sebelum ini adalah membabitkan DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor serta PRK Parlimen Port Dickson.

Keputusan PRK Cameron Highland: Satu Tinjauan


Untuk rekod,komposisi pengundi Cameron Highland: (M:33.5%, C:29.5%, I:15%, OA:22%)

Jumlah pengundi berdaftar: sekitar 32009

Jumlah keluar mengundi pada PRK CH kali ini: 22040 (Sekitar 68.79% dibandingkan sekitar 78.49% pd PRU 14)

Keputusan PRK Cameron Highland:
BN: 12038
PH: 8800
Lain2 (termasuk undi rosak): sekitar 1150

Analisis Ringkas dgn Membuat Perbandingan PRU-14 Parlimen Cameron Highland dengan PRK Cameron Highland, Januari 2019:

1. Undian Orang Asli solid kpd BN
2. Undian Melayu sekitar 80% kpd BN
3. Walaupun undian kpd PH meningkat sebanyak 1.5% (berdasarkan nisbah peratus keluar undi PRU 14),namun peningkatan peratusan undi kpd BN jauh lebih besar iaitu sebanyak 14%. Berdasarkan pemerhatian,ia disebabkan oleh beberapa faktor:
a) Undian daripada penyokong PAS meliputi 10-11% sekitar 2500 pengundi. Boleh dikatakan sebanyak 70% daripada pengundi PAS dlm PRU 14 telah memihak kpd BN dlm PRK kali ini.
b) Undian protes terhadap PH+undian pengundi atas pagar meliputi 4% sekitar 880 pengundi.

Dengan pelbagai penipuan dan fitnah yang dilakukan PH ketika fasa kempen seperti pemberian hamper pd malam akhir sblm hari pengundian,penggunaan jentera dan aset kerajaan,penyalahgunaan agensi kerajaan (Kementerian Kewangan) untuk berkempen dengan memburukkan imej kerajaan negeri Pahang,menaikkan papan tanda projek kerajaan PH,&mengurangkan tempoh masa mengundi di pusat-pusat pengundian DUN Jelai (kubu BN),PH masih tetap tidak mampu menewaskan BN dlm PRK kali ini.Justeru,kemenangan BN adalah kemenangan yg begitu signifikan hasil kekuatan sebenar pembangkang serta manifestasi suara rakyat terbanyak. Mereka - khususnya Melayu dan bumiputera - secara umumnya menolak PH atas faktor:
1. Penipuan PH terhadap janji2 palsu manifesto PRU 14
2. Ketidakseriusan PH dalam mempertahankan kedudukan Islam,serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Kesimpulan Hasil Analisis

Dgn melihat kepentingan suara Islam dan kesatuan ummah ke arah kebaikan,maka kerjasama BN dan PAS adalah wajar.

-Alihanafiah,
-27/1/19,0023,Kg.Darul Hidayah,Hulu Langat,

JangankecamsayašŸ˜†*Keputusan PRK Cameron Highland: Satu Tinjauan*

Untuk rekod,komposisi pengundi Cameron Highland: (M:33.5%, C:29.5%, I:15%, OA:22%)

Jumlah pengundi berdaftar: sekitar 32009

Jumlah keluar mengundi pada PRK CH kali ini: 22040 (Sekitar 68.79% dibandingkan sekitar 78.49% pd PRU 14)

Keputusan PRK Cameron Highland:
BN: 12038
PH: 8800
Lain2 (termasuk undi rosak): sekitar 1150

*Analisis Ringkas dgn Membuat Perbandingan PRU-14 Parlimen Cameron Highland dengan PRK Cameron Highland, Januari 2019:*

1. Undian Orang Asli solid kpd BN
2. Undian Melayu sekitar 80% kpd BN
3. Walaupun undian kpd PH meningkat sebanyak 1.5% (berdasarkan nisbah peratus keluar undi PRU 14),namun peningkatan peratusan undi kpd BN jauh lebih besar iaitu sebanyak 14%. Berdasarkan pemerhatian,ia disebabkan oleh beberapa faktor:
a) Undian daripada penyokong PAS meliputi 10-11% sekitar 2500 pengundi. Boleh dikatakan sebanyak 70% daripada pengundi PAS dlm PRU 14 telah memihak kpd BN dlm PRK kali ini.
b) Undian protes terhadap PH+undian pengundi atas pagar meliputi 4% sekitar 880 pengundi.

Dengan pelbagai penipuan dan fitnah yang dilakukan PH ketika fasa kempen seperti pemberian hamper pd malam akhir sblm hari pengundian,penggunaan jentera dan aset kerajaan,penyalahgunaan agensi kerajaan (Kementerian Kewangan) untuk berkempen dengan memburukkan imej kerajaan negeri Pahang,menaikkan papan tanda projek kerajaan PH,&mengurangkan tempoh masa mengundi di pusat-pusat pengundian DUN Jelai (kubu BN),PH masih tetap tidak mampu menewaskan BN dlm PRK kali ini.Justeru,kemenangan BN adalah kemenangan yg begitu signifikan hasil kekuatan sebenar pembangkang serta manifestasi suara rakyat terbanyak. Mereka - khususnya Melayu dan bumiputera - secara umumnya menolak PH atas faktor:
1. Penipuan PH terhadap janji2 palsu manifesto PRU 14
2. Ketidakseriusan PH dalam mempertahankan kedudukan Islam,serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Kesimpulan Hasil Analisis

Dgn melihat kepentingan suara Islam dan kesatuan ummah ke arah kebaikan,maka kerjasama BN dan PAS adalah wajar.

-Alihanafiah,
-27/1/19,0023,Kg.Darul Hidayah,Hulu Langat,

JangankecamsayašŸ˜†
© all rights reserved
made with by templateszoo