NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zionis Bunuh Remaja Lelaki Palestin


GAZA – Seorang remaja lelaki Palestin berusia 16 tahun terbunuh, hari ini, akibat ditembak Israel ketika tunjuk perasaan dan pertempuran di sempadan timur Gaza, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang ditadbir Hamas.

“Mohammed al-Jahnuh terkena tembakan tentera Israel di leher,” kata jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra kepada AFP.

Tentera Israel berkata, kira-kira 8,000 penduduk Palestin berkumpul di sepanjang sempadan, membakar tayar dan membaling objek merbahaya ke arah tentera.

Katanya, tentera melepaskan tembakan menurut prosedur operasi tanpa memberikan penjelasan lanjut.


Al-Qudra berkata, 46 penduduk Palestin termasuk dua wartawan dan empat kakitangan perkhidmatan kecemasan cedera. – AFP/BH ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo