Waytha Moorthy tak layak jadi menteri


KUALA KEDAH: Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy, bukan sahaja didesak agar meletakkan jawatan malah sebenarnya tidak layak serta tidak patut dilantik menjadi menteri.

Demikian kata Mursyidul Am PAS, Dato’ Ustaz Hashim Jasin kepada pemberita ketika kunjungan ke rumah keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, di Kampung Tepi Laut, Tebengau, pagi tadi.

"Pemikiran, agenda dan cara beliau (Waytha Moorthy) langsung tidak layak untuk dilantik sebagai menteri malah ketua JKK pun tidak layak.

"PAS merasa amat kesal kerana keamanan dan suasana perpaduan kaum yang harmoni selama ini menjadi kucar kacir," ujar beliau.

Menurutnya lagi, Islam tidak pernah mengganggu agama lain dan agama lain juga tidak boleh mengganggu agama Islam yang jelas terkandung di dalam Al-Quran.

Malah, jelasnya, PAS mengambil keputusan memutuskan tahaluf siyasi bersama DAP kerana parti berkenaan cuba masuk campur urusan aqidah dan agama Islam.

"Justeru itu, kematian Muhammad Adib perlu segera disiasat kerana ia merupakan Wajibul Wakti (kewajipan semasa) yang semestinya tidak diambil enteng atau mudah," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak lupa mengingatkan bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya taksub atau bangga kepada perkauman.

Yang jelas, katanya siasatan untuk membuktikan siapa yang sebenarnya yang bersalah dan bertanggungjawab ke atas insiden itu perlu segera dilakukan.

"Kita tidak mahu rakyat dikaburi dengan berita dan tuduhan palsu. Kebenaran dan keadilan perlu segera ditegakkan," sambung beliau.

Hadir bersama kunjungan berkenaan antaranya, Pesuruhjaya PAS Kedah dan Perlis serta kepimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah. – HARAKAHDAILY 23/12/2018

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/9190-waytha-moorthy-tak-layak-jadi-menteri
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget