NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TH: Penjelasan Situasi Terkini



Terima kasih kepada yang prihatin kes Tabung Haji. Ini menunjukkan kita sayang kepada organisasi ni. Secara ringkas, saya simpulkan:

1) Lembaga Pengarah baru telah melantik Pricewaterhouse Cooper (PWC), iaitu sebuah firma audit antarabangsa yg bebas politik dan mempunyai kredibiliti untuk melakukan semakan mengenai kedudukan sebenar Tabung Haji (TH). Tiada arahan untuk mecari salah sesiapa, melainkan menyatakan hakikat sebenar. Apa yang dijumpai adalah hakikat sebenar tidak sama sebagaimana dalam laporan kewangan. Sahabat-sahabat boleh lihat nota lembaga pengarah dalam dokumen yang dibentangkan dalam parlimen. Boleh minta dari mana-mana ahli parlimen terdekat.

2) "Kawal Selia" oleh Bank Negara bukan bermaksud Tabung Haji akan berada di bawah Bank Negara (BNM). Tiada dalam Akta Tabung Haji (https://www.tabunghaji.gov.my/en/tabung-haji-act Akta Tabung Haji 1995) yang menyatakan bahawa Tabung Haji berada di bawah BNM. Cuma Lembaga Pengarah mahukan secara self regulated, dari segi governance, untuk BNM buat audit ke atas operasi TH. Sebagaimana BNM buat audit ke atas semua bank-bank komersil yang lain. Melalui audit tersebut, salah silap, penambahbaikan dan sebagainya akan dicadangkan. Dalam bab ni, BNM memang mempunyai pasukan yang kuat dan berpengalaman. Kalau ada salah laku, akan dapat dihidu lebih awal dan langkah mengatasinya dapat dilakukan. Dalam menjalankan tugas ini, BNM tidak menerima arahan dari Menteri Kewangan. Ia menjalankan tugas berpandukan Central Bank Act. (Akta Bank Negara

3) "Kawal Selia' ini tidak bermaksud TH di kawal oleh BNM. Semua keputusan akan dibuat oleh TH sebagaimana diperuntukkan oleh Akta TH.

4) Sepanjang lebih kurang 4 bulan saya dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji, dengan mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa Lembaga yang hampir setiap minggu, saya boleh confirmkan bahawa tiada lansung campurtangan politik, YB Mujahid, apatah lagi Menteri Kewangan. Untuk makluman, sebelum dilantik, ana telah dipanggil oleh CPE. Selepas sesi "berkenalan", mereka maklumkan hasrat utk melantik saya ke dalam Lembaga Pengarah TH dengan mandat: "Cakap apa yang betul itu betul, dan yang salah itu salah". Alhamdulillah, dengan mandat tersebut, ana bersetuju. Saya nampak, begitu juga pendirian ahli2 Lembaga yang lain.

Doakan kami semoga dapat menunaikan amanah yang berat ini sebaiknya.


Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim,
Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.
Ahli Komiti Shari’ah International Islamic Liquidity Management Cooperation
Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
Ahli Komiti Shari’ah Tabung Haji
Ahli Persatuan Perbankan Islam Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo