NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Caj Wad Kelas Ketiga Percuma Mulai Tahun Depan


KUALA TERENGGANU, 17 Disember - Caj Percuma Wad Kelas Ketiga di Hospital Kerajaan akan mula berkuatkuasa mulai Januari tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Haji Alias Razak ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, mulai tarikh tersebut pihak hospital kerajaan dijangka akan membuat tuntutan kepada Pejabat Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar di Wisma Darul Iman di sini setiap bulan bagi caj berkenaan yang tidak berbayar.

Katanya, segala caj berkaitan akan dibayar kerajaan mengikut peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2019 sebagaimana dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya kerajaan negeri sedang menyiapkan draf perjanjian persefahaman (MoU) dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) bagi membolehkan janji manifesto Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) itu dilaksanakan.

"Draf cadangan MoU itu berada di Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri dan dijangka akan diluluskan dalam bulan ini juga," jelas beliau.

Sementara itu ketika bercakap di sebuah stesen radio Terengganu di sini hari ini beliau berkata kerajaan negeri memerlukan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun untuk membayar caj tersebut.

Katanya, ini seolah-olah kerajaan menjadi panel kepada pesakit dari kalangan seluruh rakyat Terengganu yang dikenakan caj wad berkenaan.

"Kos caj rawatan untuk semua rakyat Terengganu sama ada miskin atau kaya dari wad berkenaan akan ditanggung oleh kerajaan negeri," jelasnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan negeri tiada hak (kuasa) untuk menghapuskan bayaran caj tersebut tetapi boleh membayarnya bagi pihak pesakit kerana bayaran itu ditetapkan oleh KKM.

"Cuma apa yang kerajaan negeri boleh buat ialah kerajaan membayar bagi pihak pesakit yang dikenakan caj berkenaan di hospital kerajaan.

"Jumlah yang kerajaan anggarkan untuk memberi kemudahan bagi seluruh rakyat Terengganu yang dimasukkan ke wad kelas ketiga percuma ialah sebanyak lebih kurang RM5 juta setahun," ujarnya.















from Teganukita.net https://ift.tt/2GmivgE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo