NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tabung Haji buat laporan polis pengurusan lama




Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat dua laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial hari ini yang melibatkan mantan Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah; dan pengurusan kanan.

Pengurusan kanan ialah Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi) dan Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).

Laporan pertama melibatkan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22.0 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik. Ia bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH.

Para pemegang amanah YTH ketika itu ialah Datuk Seri Abdul Azeez, Tan Sri Ismee, Datuk Seri Johan, Datuk Adi dan Datuk Rozaida.

Yayasan Tabung Haji telah ditubuhkan pada tahun 2016 untuk melaksanakan, antara lain, bantuan kemanusiaan dan menyumbang kepada golongan kurang berkemampuan, miskin dan yang memerlukan. TH menyumbang sebanyak RM7.0 juta kepada program tersebut.

Laporan kedua yang dibuat ke atas Tan Sri Ismee, Hazlina dan Rifina adalah berhubung salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting yang melibatkan penjualan saham TH dalam tahun 2012 sebanyak 95% dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta.

PT TH Indo Plantations memiliki ladang kelapa sawit keluasan 83,000 hektar di Indonesia.

Laporan yang dibuat hari ini adalah laporan pertama melibatkan siasatan dalam pengurusan baharu yang dilantik sejak Julai 2018 terhadap transaksi masa lalu.

Bertarikh 30 NOVEMBER 2018.


[ Dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji ]


Untuk pertanyaan media sila hubungi:-

1. ​Encik Idrus Ismail, Setiausaha Syarikat. Tel: +603 20543312
E-mel: idrus.ismail@lth.gov.my

2. ​Encik Hizamuddin Jamaludin, Ketua Pegawai Strategik dan Ketua Staf. Tel: +603 20543392
E-mel: hizamuddin@lth.gov.my

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo