NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tabung Haji bukan Tabung Harapan


Sebelum ini, kerajaan PH tiba-tiba mengumumkan bahawa Tabung Haji (TH) telah mengalami defisit pada akhir tahun 2017 kerana mendakwa TH di bawah kerajaan BN telah bertindak terlalu zalim dengan terlebih bayar dividen kepada pencarum TH untuk 4 tahun berturut-turut.

Dengan menggunakan alasan defisit RM4 bilion, mereka juga mengumumkan bahawa aset TH bernilai RM19.9 bilion akan dijual kepada sebuah  syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang  kita sekarang tahu telah  mengutip cukai petrol dengan senyap-senyap sejak awal bulan lepas sehingga dibongkarkan oleh saya dan pihak-pihak lain.

Syarikat SPV ini akan meminjam RM19.9 bilion dari TH dengan kadar faedah 2.5% setahun untuk membeli aset-aset bernilai RM19.9 bilion dari TH yang mereka dakwa ialah aset yang tidak baik ataupun aset yang rugi.

Pinjaman TH kepada SPV ini juga tidak dijamin oleh kerajaan.

Walaupun ramai telah menyuarakan kebimbangan dan bantahan terhadap langkah ini, kerajaan PH telah mula menjual aset Tabuhg Haji bernilai berbilion-bilion kepada syarikat SPV semalam.

Antara yang sudah dijual semalam termasuk Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham dipindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) and Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) dan TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).

Saya perhatikan banyak antara syarikat-syarikat yang telah dipindah semalam merupakan syarikat yang mempunyai prestasi keuntungan yang baik dan bukan syarikat yang rugi seperti kriteria diumumkan oleh kerajaan PH.

Satu contoh ialah syarikat IJM Corporation Berhad. Saya tengok harga saham IJM agak stabil untuk tahun-tahun kebelakangan sehingga akhir tahun 2017. Syarikat itu juga tetap membayar dividen setiap tahun.

IJM bukan sebuah syarikat yang rugi tetapi mempunyai prestasi keuntungan yang baik. (Lihat lampiran)

Semalam, 227.31 juta saham dalam IJM telah dijual oleh TH kepada SPV di mana harga saham di Bursa semalam hanya RM1.63 berbanding harga RM3.05 pada akhir tahun 2017.

Satu lagi syarikat yang juga dijual ialah syarikat Malakoff. TH menjual 500 juta saham dalam syarikat ini kepada SPV semalam.

Bulan lepas, Malakoff baru mencatatkan keuntungan bersih untuk suku ke-3 telah naik 30% berbanding tahun lepas.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/11/501334/malakoff-catat-untung-bersih-lebih-tinggi

Kementerian Kewangan patut memberi senarai penuh aset-aset Tabung Haji yang akan dipindah dan memberi penjelasan yang telus bagaimana dan mengapa aset-aset ini telah dipilih untuk dijual kepada syarikat SPV mereka.

TH ialah Tabung Haji. Bukan Tabung Harapan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo