Sabah: PPBM di persimpangan jalan?



PETALING JAYA: Apakah masa depan PPBM di Sabah susulan keluarnya ramai ahli dan pemimpin Umno di negeri itu minggu lepas merupakan soalan yang tidak dapat dijawab, hatta oleh pemimpin tertinggi PPBM pada masa ini.

Kemasukan PPBM ke Sabah, dan dilihat mempunyai lebih banyak pengaruh di peringkat persekutuan berbanding Warisan, akan menjadi ancaman kepada ketua menteri, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kedua-dua Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai pengerusi dan presiden parti, tampak berdolak-dalik apabila diminta memberi respons terhadap spekulasi PPBM membuka langkahnya di negeri itu.

"Mereka berada di persimpangan, sama ada mahu bercakap benar atau membiarkan orang ramai menafsirkan sendiri petanda politik yang ada," kata pemerhati politik Dr Awang Azman Awang Pawi kepada FMT.

Setakat ini, Dr Mahathir menolak cakap-cakap bahawa PPBM, yang mengembangkan sayapnya ke Sarawak awal bulan ini, akan turut membuka cawangannya di Sabah.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, adalah terlalu awal untuk parti itu berkembang ke Sabah, dengan menambah langkah sedemikian perlu dibincangkan dengan sekutu mereka di negeri tersebut.

Bagaimanapun, kehadiran 2 anggota kanan parti itu di sidang media bagi mengumumkan pengunduran diri 17 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Umno di Sabah memarakkan lagi desas-desus tentang rancangan PPBM itu, walaupun ia dinafikan pemimpin tertinggi parti.

Pakar strategi PPBM, Datuk Rais Hussin dan rakannya, ahli Majlis Tertinggi parti, Mohd Rafiq Naizamohideen, merupakan antara individu yang menyaksikan pengumuman tersebut, yang dilihat sebagai tamparan besar kepada Umno sejak sayapnya ditubuhkan di Sabah pada awal 90-an dahulu.

Rafiq dilihat rapat dengan timbalan presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sekali gus memarakkan spekulasi tentang peranan menteri besar Kedah itu dalam menggugat keseimbangan kuasa di Sabah.

Walaupun dinafikan, terdengar desas-desus tentang kempen gigih untuk merekrut ahli PPBM.

Awang Azman bersetuju dengan tanggapan bahawa bekas ahli Umno akan berasa lebih selesa dengan PPBM, yang sebahagian besar pemimpinnya berasal dari Umno.

"Ia menjadikan mereka lebih selesa kerana mengetahui parti itu akan menjaga kepentingan Islam dan Bumiputera di Sabah," katanya.

Penganalisis politik Dr Zamarul Zaman Yusoff berkata, walaupun keadaan kelihatan memihak kepada PPBM, namun taruhannya juga tinggi, terutamanya berkaitan hubungan parti itu dengan Shafie.

Bagaimanapun kata beliau, kehadiran 2 ahli Majlis Tertinggi dalam sidang media minggu lepas, dan juga pertemuan antara Ahli Parlimen terlibat dengan Dr Mahathir sebelum itu, "menunjukkan kemungkinan besar mereka akan menyertai PPBM".

Kamarul mngusulkan penyelesaian menang-menang, iaitu dengan Ahli Parlimen menyertai PPBM, sementara Ahli Dewan Undangan Negeri boleh menguatkan kedudukan Warisan di peringkat negeri.

"Dengan cara ini tidak berlaku perebutan kuasa dan Warisan akan kekal kuat di negeri Sabah."

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget