NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Royalti minyak: Kelantan arah tarik balik saman dua bulan lepas



KOTA BHARU, 14 Rabiulakhir 1440H, Sabtu – Kerajaan Kelantan telah mengarahkan peguamnya menarik balik saman berhubung royalti minyak terhadap Petronas dan kerajaan persekutuan kira-kira dua bulan lepas, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, kerajaan negeri meminta Tommy Thomas selaku peguam yang mewakili Kelantan mengambil tindakan sewajarnya di mahkamah berhubung penarikan balik saman berkenaan.

"Kita sudah jelas buat keputusan dan pendirian iaitu tarik balik saman malah Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) sendiripun sudah memaklumkan kerajaan persekutuan tentang perkara ini, cuma saya tidak pasti sama ada secara rasmi (bertulis) ataupun lisan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Untuk rekod, kerajaan Kelantan melantik Thomas sebagai peguamnya sebelum beliau dilantik menjadi Peguam Negara pada 4 Jun lalu.

Ditanya sama ada penarikan balik saman itu punca kelewatan dalam pembayaran royalti minyak tersebut, Mohd Amar berkata, perkara berkenaan diserahkan kepada kerajaan pusat yang sepatutnya berbuat demikian sebelum penghujung tahun ini.

Semalam, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin dilaporkan berkata, kerajaan persekutuan belum menerima sebarang notis berhubung penarikan balik saman oleh Kelantan terhadap Petronas mahupun kerajaan persekutuan berhubung tuntutan royalti yang difailkan pada 2011 itu.

Terdahulu, Mohd Amar merasmikan program 'Kembali ke Sekolah Dewan Undangan Negeri Panchor' yang diadakan dengan kerjasama Petronas.

Pada majlis berkenaan, Petronas melalui Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (Bakip) menyampaikan sumbangan zakat kakitangannya berbentuk baucar bernilai RM75 dan RM200 kepada 300 asnaf bagi pembelian kelengkapan persekolahan. – Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo