Rejim Myanmar lancar ‘operasi pembersihan’ baharu di Rakhine



YANGON, 13 Rabiulakhir 1440H, Jumaat – Rejim Myanmmar menjalankan 'operasi pembersihan' pusingan baharu di Rakhine bagi menuntut bela terhadap serangan ke atas empat orang etnik Buddha Rakhine yang mana salah satu insiden berkenaan dikaitkan dengan etnik muslim Rohingya.

Pejabat Ketua Komander Ming Aung Hlaing berkata, pasukan keselamatan kembali aktif dan melaksanakan 'operasi meluaskan kawasan di sepanjang sungai Pyu Ma Creek'.

Katanya, aktiviti itu diaktifkan semula selepas penemuan dua mayat etnik Buddha Rakhine di tebing sungai dengan kesan kelar di leher pada 17 November lalu.

"Pada hari yang sama, dua lagi etnik Buddha diserang ketika memancing oleh enam lelaki yang bercakap bahasa Bengali tetapi mereka berjaya diselamatkan," kata Aung.

Difahamkan Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu bangsanya dan merujuk mereka sebagai Bengali untuk membuktikan secara salah mereka adalah pendatang baru dari Bangladesh.

Etnik minoriti Rohingya dianggap sebagai warga asing di Myanmar, sebuah negara yang masyarakatnya lebih 90 peratus adalah penganut Buddha.

Kekejaman sejak Ogos tahun lalu menyebabkan lebih daripada 700,000 umat Islam Rohingya dari Myanmar melarikan diri ke negara jiran Bangladesh. – Agensi

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/12/21/rejim-myanmar-lancar-operasi-pembersihan-baharu-di-rakhine/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget