Pertahankan Kedaulatan Undang-Undang Atau Adib Pergi Sia-Sia



PERTAHANKAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG ATAU ADIB PERGI SIA-SIA

Roslan SMS

Mana mungkin kami lupakan.

Dalam kekacauan dan kekecohan ini Allahyarham yang tidak bersenjata dan datang sebagai anggota bomba diseret, dibelasah, diterajang dan dipijak-pijak tanpa langsung peri kemanusiaan. Beliau diperlakukan hingga patah-patah tulang rusuknya yang menusuk dan membocorkan paru-parunya. Sebahagian organnya yang lain turut rosak.

Semalam Allahyarham kembali ke rahmatullah tanpa sedarkan diri. 22 Disember ini Allahyarham sepatutnya melangsungkan perkahwinannya.

Binatang manakah yang tergamak melakukan ini?

Saya tiada niat mahu mengadu-domba atau menghasut. Saya dan saya yakin ramai rakyat Malaysia mahukan keadilan buat Allahyarham.

Kuil ini terletak atas tanah persendirian milik pemaju. Asalnya ada dua kuil masing-masing sebelah menyebelahi. Pemaju telah berunding dan bersetuju beberapa tahun lalu bersama pihak kuil menyeleaaikan isu ini.

Pemaju sedia bayar RM1.5juta tunai tiap-tiap kuil. Disediakan sebidang tanah masing-masing di Putra Heights untuk tapak baru. Belanja infra dan pemindahan juga ditanggung pemaju.

Semua setuju tapi cuma satu kuil yang telah pindah dan kini sudah pun beroperasi di tapak baru.

Kuil yang ada ini kekal kerana kemudiannya pihak pentadbir setelah dihasut beberapa pihak termasuk orang politik enggan berpindah.

Pemaju terdesak mahu memajukan tapaknya.

Akhirnya pertikaian di bawa ke mahkamah dan mahkamah berpihak kepada pemaju. Perintah mahkamah telah.pun dikeluarkan agar tapak kuil yang ada dikosongkan.

Apa agama kita sekalipun kedaulatan undang-undang perlulah didukung. Kerana itulah negara berbilang kaum kita ini aman dan tenteram.

Orang-orang politik seperti Waythamorthy dan Ganabatirau hatta Menteri Agama yang tidak tahu hujung pangkal itu sepatutnya menasihatkan pihak kuil agar berpindah kerana isu pokoknya tanah berkenaan bukan milik mereka tetapi pemaju.

Masalahnya orang-orang politiklah yang telah mempolitikkan isu ini sehingga memberi pengharapan palsu pada pihak kuil dan pengikutnya untuk pertahankan kuil mereka.

Kerana itu mereka merusuh sedangkan hakikatnya perintah mahkamah telah pun dikeluarkan. Sejak bila orang politik punya kuasa mengatasi mahkamah?

Kini kerana nafsu politik orang-orang politik seorang insan yang tidak berdosa telah terkorban.

Keluarga Allahyarham sepatutnya bergembira disaat ini kerana Adib bakal naik ke jinjang pelamin. Tetapi segalanya musnah dan hari ini mereka dipertanggungjawabkan untuk mengurus jenazah Adib pula.

Kejam. Dan peristiwa hitam ini akan terus segar dalam ingatan semua.

Justice for Adib menuntut mereka yang bertanggungjawab segera didakwa di mahkamah termasuklah si penghasut.

Dalang besar Waytha dan Gana perlu segera letak jawatan sebagai Menteri dan Ahli EXCO atau dipecat.

Dan kuil berkenaan termasuk semua pihak perlulah mematuhi perintah mahkamah dan segera dipindahkan jika tidak kehadirannya terus menjadi tugu mengingatkan kita semua pada petistiwa hitam yang meragut nyawa insan yang tidak berdosa itu.

Pertahankanlah kedaulatan undang-undang.

Justice for Adib.

Alfatihah.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=808966202776051&id=100009880363600
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget