NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peperiksaan pertengahan, akhir tahun sekolah rendah dimansuh


PUTRAJAYA, 11 Rabiulakhir 1440H, Rabu – Murid Tahun Satu, Dua dan Tiga kini tidak lagi perlu menduduki peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin.

Beliau berkata, pemansuhan peperiksaan itu yang akan bermula tahun depan membolehkan guru menumpukan kepada pembangunan murid, berbanding penyediaan peperiksaan.

Memberitahu sidang media di sini hari ini, beliau berkata, penilaian berdasarkan kelas bermula sejak 2011 tetapi pihak sekolah hanya memberi tumpuan kepada persediaan pelajar untuk menghadapi ujian, bukannya pembangunan watak murid.

Bagaimanapun, murid akan menjalani ujian berterusan bagi tempoh tiga tahun pertama persekolahan, menggunakan beberapa modul seperti kuis dan menyediakan projek yang mudah.

Pada masa sama beliau menggesa waris murid dan guru bekerjasama antara satu sama lain untuk membincangkan perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo