NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin PAS Terajui Himpunan Dari Tiga Lokasi


Seramai sekurang-kurangnya 31 orang pemimpin PAS akan mengetuai perarakan Himpunan Bantah ICERD dari tiga lokasi berhampiran Dataran Merdeka hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Riduan Mohd Nor berkata, walaupun alam siber berdecak hebat dengan suara pro dan kontra akan penganjuran himpunan mega, rakyat telah digerakkan kempen ini sejak lebih tiga bulan yang lepas.

“Tempoh kempen dan mobilisasi untuk menggerak seluruh ummat muslim untuk berhimpun dan mempamerkan genderang dan nurani umat Islam selama lebih tiga bulan adalah tempoh yang memadai.

“Tempoh yang sama digerakan oleh pasukan mobilisasi PAS, sebagaimana terbukti sebelum ini maka 270 ribu hingga 300 ribu ahli akan berhimpun seperti himpunan H355 dan FASTAQIM 2.0,” jelasnya ketika dihubungi.

Justeru kata beliau, PAS bukan hanya hadir meramaikan himpunan tetapi membekalkan petugas keselamatan dan disiplin iaitu anggota Jabatan Amal yang sangat berdisiplin dan mempunyai dedikasi yang tinggi.

“PAS dengan pasukan khas medik yang bersiaga dengan elemen kecemasan,bahkan dengan ambulannya sendiri. Ahli-ahli PAS hadir dalam himpunan, disertakan dengan niat untuk menderma pada penganjur bagi menampung kos himpunan,” tambah beliau.

Berikut adalah senarai yang telah dikeluarkan pada mesyuarat yang dadakan pagi ini;

MASJID NEGARA

1. Ketua DPPM Ustaz Muhahhad Khalil Abdul Hadi (K)
2. Ust Idris Ahmad.
3. MB Kelantan
4. MB Terengganu
5. YB Hj Razman
6. Ust Asri Daud
7. YB Ust Saiful
8. PJ Melaka
9. PJ Terengganu
10. Hj Khairil

SOGO

1. Dr Riduan (K)
2. YB Dr Azman
3. Ust Nasrudin Tantawi
4. PJ Pahang
5. YB Ust Nik Abduh
6. YB Ust Fadli Shaari
7. YB Dr Fadhli Hassan
8. Hj Wan Rohaimi
9. Prof Zainal
10. Ir Muhtar Suhaili

MASJID JAMEK

1. Dato’ Iskandar (K)
2. PJ Wilayah
3. Ustaz Kamal Shaari
4. Ustaz Salehin Muhyi
5. Dr Khalid Kassim
6. Ustaz Mokhtar Senik
7. PJ Johor
8. YB PJ Perlis
9. PJ Pulau Pinang
10. PJ Kedah
11. YB Dato’ Nassuruddin Daud.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo