NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Liga Futsal Bakal Jadi Acara Tahunan DUN Tepoh

Pasukan dari kampung Seberang Tepoh B menjuarai kejohanan

Oleh : Mohd Zukifli Mat

KUALA NERUS 25 Desember- Kejohanan Liga Futsal Komuniti Mukim Tepoh 2018, Daerah Kuala Nerus bakal diteruskan bagi mengisi kalendar tahunan Dewan Undangan Negeri (DUN)Tepoh pada tahun-tahun akan datang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata pihaknya akan mempergiatkan lagi penganjuran liga di peringkat DUN Tepoh.

"Penganjuran liga seperti ini samada bola sepak futsal atau padang akan dirancakkan di peringkat Dun Tepoh dalam usaha mengukuhkan persaudaraan di samping menjadi satu usaha penting dalam membentuk bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan.

"InsyaAllah, 2019 penyusunan semua liga samada futsal atau padang akan dibuat sebaik mungkin dan dijadualkan dalam acara tahunan Tepoh,"katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), di Futsal Jeram, semalam.

Kejohanan Liga Futsal Komuniti Mu'kim Tepoh 2018 Daerah Kuala Nerus kali ini melibatkan seramai 16 pasukan yang mewakili kampung berentap bagi merebut kejuaraan tersebut menyaksikan pasukan dari kampung Seberang Tepoh B menjuarai kejohanan pada kali ini.

Pertandingan Anjuran Penghulu Mukim Tepoh dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)Mukim Tepoh ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pasukan yang mengambil bahagian disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo