NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lantik 'pelajar nakal jadi pengawas', Tun M gagal


KUALA LUMPUR: Pelantikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Waytha Moorty Ponnusamy sebagai Menteri adalah umpama guru sekolah melantik pelajar nakal sebagai pengawas.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Che Abdullah Mat Nawi berkata, lantikan tersebut bertujuan supaya pelajar nakal itu akan menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab apabila diangkat sebagai pengawas.

"Tun Mahathir sebagai ahli politik berpengalaman sangat mengenali Waytha yang telah menunjukkan sikap 'racist', baik dari segi tindakan mahupun kenyataan-kenyataan dibuatnya sebelum ini.

"Juga penglibatan Waytha dalam organisasi yang berunsur perkauman. Tun barangkali mengharap seperti budak nakal tadi, mahu setelah Waytha dilantik Menteri, beliau akan berubah ke arah lebih positif.

"Tun mahu Waytha yang positif sebagai pemimpin di sebuah negara pelbagai kaum. Namun nampaknya Menteri itu tidak berubah," ujar beliau yang juga Setiausaha PAS Negeri Kelantan.

Menurutnya, sehingga kini tidak ada penyataan kesal mahupun permohonan maaf daripada Waytha terhadap pelbagai tuduhan pernah dihamburkannya terhadap rakyat dan negara ini.

Bahkan sebaliknya kata beliau, terpacul pula dari Waytha kenyataan yang mengguris perasaan dan emosi pelbagai pihak hingga membangkit kebencian perkauman serta menjadi provokasi menakutkan.

"Jadi nampaknya Tun M benar-benar ingin mencuba konsep melantik pelajar nakal sebagai pengawas dengan melantik Waytha yang paling 'racist' itu sebagai Menteri Perpaduan.

"Dalam hal ini Tun M telah gagal. Waytha mesti diberhentikan!" gesa beliau. - HARAKAHDAILY 26/12/2018 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo