NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kira-kira 6.8 juta pengguna Facebook terjejas akibat pepijat



CALIFORNIA, 8 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Kontroversi yang tidak henti-henti dalam gergasi media sosial, Facebook, terus berlanjutan.

Terbaharu, Facebook Inc menjelaskan mereka menemui pepijat yang mungkin mejejaskan sehingga 6.8 juta pengguna yang menggunakan log masuk Facebook untuk memberi kebenaran kepada aplikasi pihak ketiga mengakses gambar mereka.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, masalah itu berkemungkinan menyebabkan beberapa aplikasi pihak ketiga mempunyai akses ke set foto yang lebih luas daripada biasa selama 12 hari di antara 13 September hingga 25 September 2018.

"Apabila pengguna memberi kebenaran untuk mengakses foto mereka di Facebook, biasanya kami hanya memberikan akses kepada foto yang dikongsi pada garis masa mereka.

"Dalam kes ini, pepijat itu berpotensi memberi akses seperti berkongsi di pasaran atau Facebook Stories. Pada masa sama, ia juga memberi kesan kepada pengguna yang memuat naik gambar tetapi memilih untuk tidak menyiarkannya," kata Facebook.

Dalam pada itu, Facebook berkata, meskipun masalah itu sudah diatasi, tetapi ia mungkin menjejaskan sehingga 1,500 aplikasi yang dibina 876 pemaju.

"Kami minta maaf perkara ini berlaku. Justeru, awal minggu depan, kami akan melancarkan alat untuk pemaju aplikasi bagi membolehkan mereka menentukan pengguna yang terjejas dengan masalah ini.

"Kami juga akan bekerjasama dengan pemaju untuk memadamkan foto daripada pengguna yang terbabit malah kami akan memberitahu pengguna yang berpotensi terjejas oleh pepijat ini melalui amaran di Facebook," katanya. – Agensi

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/12/16/kira-kira-6-8-juta-pengguna-facebook-terjejas-akibat-pepijat/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo