NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Tangguh Ratifikasi ICERD Hanya Kerana Ph Tidak Mempunyai Majoriti 2/3?


Kerajaan tidak boleh memberi jaminan konvensyen itu tidak akan diratifikasikan di masa hadapan. Perdana Menteri mungkin bertukar. Malah, kita sudah pun ada Perdana Menteri menunggu. Kita tidak tahu apa pendiriannya. Jika Perdana Menteri tidak bertukar pun, mungkin tekanan terhadapnya di dalam kerajaannya sendiri, terlalu kuat hingga beliau terpaksa membuat U-turn. Semenjak 9 Mei 2018 pun, kita telah melihat beberapa kali U-turn dibuat. Satu lagi bukanlah mustahil. Sebab itu kita perlu terus berwaspada dan bangun menentang semula, jika perlu.

Sekarang, mari kita lihat pula alasan yang diberi. Sebelum kenyataan ini dikeluarkan, Tun Dr. Mahathir cuma mengatakan ICERD tidak mungkin boleh diratifikasi, sebab PH tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Alasan itu memang tidak memuaskan saya. Sebab, kerajaan PH tidak meratifikasinya kerana ia tidak mempunyai majoriti yang cukup, bukan kerana ia meolak ICERD. Ia tetap berhasrat untuk meratifikasinya dan apabila ia mempunyai majoriti yang cukup, ia akan melakukannya.

Tun Abdul Hamid Mohamad
Bekas Ketua Hakim Negara
Kongres Tolak ICERD
25 November 2018 (PWTC)

Teks ucapan penuh sini https://tunabdulhamid.me/2018/11/terima-dengan-waspada/ 
Fail dokumen PDF sini http://www.tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/download/1600_401d246bbae59b2ba217c50a49e9926e

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo