NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Media Penganjur Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD : Kebenaran DBKL Dan Polis





1. Pihak Penganjur HIMPUNAN AMAN RAKYAT BANTAH ICERD merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis kerana memberi kebenaran untuk himpunan ini diadakan di Jalan Raja, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

2. Pihak jawatankuasa penganjur akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak DBKL dan Polis untuk memastikan himpunan dapat diadakan dengan baik dan selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

3. Sehubungan itu, penganjur menyeru seluruh Rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kedaulatan negara dan mendokong perlembagaan persekutuan untuk hadir beramai-ramai ke Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD 8 Disember 2018, Sabtu ini, tanpa sebarang kerisauan.

4. Pihak penganjur menyeru bakal peserta himpunan untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan supaya himpunan ini berjalan dengan baik, selaras dengan kebenaran pihak DBKL dan Polis.


Kamaruzaman Mohamad

Pengarah
Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Sekretariat Kedaulatan Negara (DAULAT)

26 Rabiul Awwal 1440H
04 Disember 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo