Kembalikan Fungsi Asal Tabung Haji



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
11 Disember 2018 | 3 Rabiulakhir 1440

“KEMBALIKAN FUNGSI ASAL TABUNG HAJI”

1. Sebarang kemungkinan yang berisiko tercetus mesti siap sedia ditangani berikutan pengumuman Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa mengenai defisit RM4.1 bilion dalam Laporan Audit Tabung Haji (TH). Kami berharap tiada polemik atau spekulasi sengaja diletuskan atau motif sulit terancang untuk melemahkan institusi milik umat Islam itu.

2. Reputasi TH sebagai badan yang menyimpan deposit terbesar umat Islam negara ini untuk menunai Rukun Islam kelima mesti diamankan dari sebarang unsur politik. Kepercayaan pendeposit dan umat Islam keseluruhannya mesti sama sekali tidak diracuni oleh sebarang kecurigaan atau momokan yang boleh menjejaskan institusi penting itu sendiri.

3. Pelanggaran Akta Tabung Haji 1995 yang didakwa pihak Menteri perlu segera dibawa ke muka pengadilan. Segala keterangan mesti dibawa kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan perundangan susulan dan menghadapkan pihak terbabit kepada perbicaraan. Jika terbukti berlaku penyelewengan dan didapati pesalah laku berkenaan, hukuman sewajarnya wajib dikenakan.

4. Buat masa ini, Pemuda PAS berpandangan bahawa isu utama kini tertumpu kepada pelaporan kewangan TH terkait kecairan dan risiko yang tinggi, bukannya kegagalan pelaburan.

5. Deklarasi di media semata-mata hanya memperlihatkan adanya 'permainan' di pihak bertanggungjawab yang mengundang persepsi dan reaksi balas tidak harmoni serta menjejaskan institusi. Malah, mewujudkan 'grey area' terhadap interpretasi Akta yang menuntut proses ligitasi adil dilakukan. Semua ini dikhuatiri memberi kesan tidak menguntungkan ke atas TH.

6. Bagi menjamin ianya tidak digugat oleh sebarang angkara dan kecurangan, penstrukturan kewangan dan pengurusan institusi ini mestilah kembali kepada objektif asalnya. Bahkan TH mesti diperkasakan lagi untuk berperanan menyempurnakan urusan haji umat Islam Malaysia sama ada dari profesionalisma pengurusannya, mahupun janaan subsidi hasil pelaburannya.

7. Pemuda PAS juga mengambil berat kaedah penstrukturan dengan mewujudkan SPV untuk mengambil alih _underperforming asset_ yang susut nilai ketara akibat ketidak tentuan pasaran kewangan pasca PRU-14 dan
_trade war_ China-Amerika Syarikat. Bukankah itu juga kaedah _'kreatif'_ untuk membetulkan akaun TH?

8. Oleh itu, pemuda PAS berpandangan isu TH hendaklah diselesaikan secara holistik dan jangan hanya tertumpu kepada pemberian dividen (hibah) semata-mata.

“Islam Memimpin”
“Terus Mara”

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget