NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kematian Adib: Honda gantung tugas kakitangan buat komen negatif



BANGI, 10 Rabiulakhir 1440H, Selasa – Seorang kakitangan sebuah syarikat pengedar kereta Honda, Sri Utama Auto Sdn Bhd, digantung kerja kerana membuat komen negatif berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Honda Malaysia dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, memuat naik surat arahan penggantungan kerja yang dikeluarkan Sri Utama Auto kepada kakitangan terbabit – Caryn Yean – bertarikh hari ini.

Wanita terbabit dilaporkan memberi komen negatif dalam media sosial ketika Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, mengumumkan kematian Muhammad Adib, malam tadi.


Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Adib, Honda Malaysia, memohon maaf di atas komen yang sensitif dan tidak bertimbang rasa oleh Caryn Yean, pekerja di syarikat pengedar kereta Honda.

Pengurusan syarikat pengedar Honda, Sri Utama Auto Sdn Bhd, telah bertindak segera menggantung tugas pekerja terbabit dan melakukan siasatan dalaman.

"Kami di Honda Malaysia memandag serius perkara ini dan menjalankan siasatan mengenainya. Kami juga menghantar memorandum kepada semua pengedar supaya memastikan kakitangan mereka berhati-hati dan memiliki keperibadian yang baik," kata kenyataan itu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo