NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan Masih Intai Jurulatih Tempatan Untuk Isi Kekosongan



KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih meneliti calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih pasukan The Red Warriors (TRW) yang ditinggalkan pemangku jurulatih musim lalu Yusri Che Lah.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khas berkata buat masa ini pihaknya menimbang beberapa jurulatih tempatan untuk mengisi jawatan tersebut.

“Kita berhasrat untuk mendapatkan seorang jurulatih tempatan yang dilihat mampu membantu pasukan, namun dia masih mempunyai kontrak bersama pasukanya.

“Dari aspek pemilihan jurulatih perlu diteliti dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan kerugian kepada kami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kafa sebelum terpaksa melupakan hasrat untuk mengekalkan khidmat Yusri bagi membimbing pasukan TRW selepas jurulatih kelahiran Perlis itu memilih untuk bersama pasukan Kuala Lumpur musim depan.

Bibi Ramjani berkata buat masa sekarang tanggujawab membimbing skuad bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan diserahkan kepada pengarah teknikal pasukan itu Jorg Peter Steinebrunner.

“Dia sebelum ini diberikan tanggungjawab untuk membantu jurulatih, namun dalam situasi ketika ini kita harus memberikan kepercayaan kepadanya untuk melakukan persiapan berikutan kita hanya mempunyai masa sebulan lagi sebelum sepak mula sebenar.

“Kami harap masalah ini dapat diatasi dengan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara ini menggangu persiapan pasukan,” katanya.

Katanya pihaknya juga merancang untuk melakukan beberapa perlawanan persahabatan bagi menguji kemampuan skuad terutama pemain muda.

“Walaupun 80 peratus pemain dikekalkan, perlawanan itu penting kepada kami untuk melihat kemampuan dan kelemahan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Premier musim depan,” katanya. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo