ICERD:PAS Jamin Himpunan 8 Dis Selamat.



oleh: KHAIRUL AZLAM MOHAMAD  30 NOVEMBER 2018

MARANG: PAS akan meneruskan agenda Himpunan Kejayaan Bantah ICERD (Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) di ibu negara pada 8 Disember ini, bagi menyatakan pendirian politiknya.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bantahan ICERD itu diteruskan kerana PAS ada pandangan politik.

Menurut beliau, pandangan politik itu dibuat kerana masih ada di kalangan menteri yang membuat kenyataan tangguh dan sebagainya.

“Saya sudah buat pendirian, sudah berucap di Parlimen dan Perdana Menteri juga buat kenyataan mustahil, Perdana Menteri kata. Bila mustahil itu tidaklah.

“Mustahil benda yang tak mungkin ada. Jadi kalau menteri buat kenyataan kemudian pula, itu hendak mengatasi Perdana Menterilah. Perdana Menteri telah buat kenyataan, apa lagi menteri lain buat.

“Semua menteri pakat buat kenyataan belaka, jadi celarulah. Sebab itu ada orang kata, kena ‘mengaji’ Menteri ini, kena belajar. Perlu diajar menteri-menteri ini supaya faham,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di kediamannya selepas selesai kuliah dhuha Masjid Rusila, hari ini.

Sehubungan itu, kata Ahli Parlimen Marang itu himpunan aman membantah ICERD diteruskan kerana masih ada kenyataan menteri yang pelbagai.

“Mengapa diteruskan kerana kita ada pandangan politik. Pandangan politik kita ialah bila ada menteri-menteri buat kenyataan, nak tangguh lagi, tunggu-tunggu.

“Menandakan kerajaan (Pusat) yang dalam keadaan celaru, perlu penegasan. Tak dihormati Perdana Menteri. Jadi kalau menteri tak hormati Perdana Menteri, kita kena tunjuklah. Tunjuk kekuatan orang Islam, nanti saya akan tulis dalam artikel, Insya-Allah yang berkait dengan ini (ICERD),” tegasnya.

Beliau turut memberi jaminan keselamatan himpunan itu terkawal dan pihaknya sedia bekerjasama dengan polis.

“Kita akan keluar seramai-ramai dan dijangkanya ramai yang hadir. Dan kita kawal supaya tak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, tak berlaku provokasi, kita akan kawal.

“Saya beri jaminan dan kita kerjasama dengan polis. Kita pergi berunding dengan polis, bincang dengannya untuk jaga, kawal, insya-Allah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/11/2018
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget