ICERD: Suhakam kecewa tapi belum menyerah kalah

Mohd Hafiz Ismail 
9 Disember 2018 




Tan Sri Razali Ismail 
(Ubah saiz teks) 


PETALING JAYA - [KEMASKINI] Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menegaskan pihaknya akan terus menasihat kerajaan untuk meratifikasi baki enam konvensyen antarabangsa berkaitan hak asasi manusia.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail, berkata ia termasuklah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).


"Walaupun kami kecewa, namun kami belum menyerah kalah.

"Ramai individu dalam kerajaan mahu kami terus bekerja keras dalam isu ini. Kami akan terus menasihati kerajaan (meratifikasi ICERD dan baki instrumen hak asasi manusia lain)," katanya pada sidang media selepas perasmian Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018, hari ini.


Sehingga kini tiga daripada sembilan konvensyen antarabangsa berkaitan hak asasi manusia telah diratifikasi Malaysia iaitu Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Hak Asasi Orang Kurang Upaya (CRPD).

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, menegaskan kerajaan baharu Malaysia berikrar untuk meratifikasi baki instrumen asas PBB yang berkait dengan melindungi hak asasi manusia.

Namun begitu pada 23 November lalu, kerajaan menyatakan pendirian untuk tidak meratifikasi ICERD, sebaliknya memberi jaminan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada program tersebut, Razali berkata, ia memberi kelebihan pada acara yang djalankan pihaknya.

"Perdana Menteri membantu kita apabila beliau tidak hadir. Bila beliau tidak datang, orang semakin tertarik untuk hadir.

"Ramai orang datang bertanyakan pelbagai soalan dan menunjukkan minat dalam pelbagai isu membabitkan hak asasi manusia dan dewan juga penuh," katanya.






Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget