NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ICERD: Amanat Tun Abdul Hamid


PERHIMPUNAN MENENTANG ICERD
DATARAN MERDEKA 
8 Disember 2018


AMANAT TUN ABDUL HAMID

Puan-tuan dan puan-puan,

Saya pohon maaf tidak dapat hadir bersama tuan-tuan dan puan-puan kerana keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan.

Saya harap umat Islam dan bangsa Melayu yang hadir di sini akan berhimpun dengan aman, berakhlak dan bersopan sambil menyatakan pendirian mereka dengan tegas.

Kita menentang ICERD kerana ia bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Pesekutuan mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak yang telah dipersetujui oleh semua kaum sebelum Merdeka. 

Orang Melayu tidak pernah mempersoalkan hak yang diberikan kepada orang bukan Melayu. Maka orang bukan Melayu dan kerajaan Pakatan Harapan janganlah cuba menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak. 

Dalam hal ini, tidak ada tolak ansur. Bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia hendaklah bersatu dan mempertahankan hak mereka. 

Anak-anak negeri Sabah dan Sarawak perlu sedar bahawa jika hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan, hak keistimewaan mereka juga akan hapus. 

Kepada semua rakyat Malaysia saya berseru, hormatilah peruntukan Perlembagaan Malaysia dan bersama-samalah membena sebuah negara Malaysia yang aman, tenteram, makmur dan maju seperti yang kita telah lakukan semenjak Merdeka.

Sekian. Terima kasih.


Tun Abdul Hamid Mohamad
https://www.facebook.com/136651590332711/posts/268745047123364/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo