Himpunan ICERD satukan Umno-PAS?




Muhammad Shamsul Abd Ghani 
9 Disember 2018
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyertai perhimpunan 'kesyukuran' menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dataran Merdeka. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kehadiran ratusan ribu peserta dalam Himpunan ICERD semalam, seolah menzahirkan harapan mereka agar dua parti terbesar umat Islam di Malaysia iaitu Umno dan Pas untuk kembali bersatu.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kehadiran mereka juga adalah satu mesej dan harapan agar Pas-Umno menjadi satu gabungan mantap bagi mempertahankan kepentingan Islam, Melayu dan rakyat keseluruhannya.


Justeru katanya, sudah tiba masanya untuk kepimpinan tertinggi kedua-dua parti itu untuk membentuk jawatankuasa bersama bagi memperhalusi segala agenda yang melibatkan kepentingan survival politik Islam dan Melayu.

"Jawatankuasa ini juga boleh berperanan menangani apa jua isu-isu berbangkit dalam mencari kesefahaman dan membina kerjasama konkrit bagi membentuk gabungan pembangkang yang kuat terutamanya mewakili suara Islam dan Melayu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerjasama Umno-Pas juga tidak seharusnya dikhuatirkan parti-parti komponen BN kerana hakikatnya kerjasama ini akan mampu mengukuhkan lagi keduduhan blok pembangkang bagi menghadapi PH menjelang PRU15 akan datang sebagaimana pernah berlaku pada 1974.

Himpunan ICERD yang berlangsung di Dataran Merdeka , semalam telah menyatukan pemimpin tertinggi Pas-Umno dalam satu pentas.

Selain kehadiran pimpinan tertinggi Pas-Umno, himpunan itu turut menyatukan NGO untuk turut serta dalam himpunan itu.

Ia dihadiri oleh ratusan ribu rakyat dari seluruh pelusuk tanah air.














Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget