NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan 812: Pak Long kayuh basikal tua dari Kampar





BANGI, 30 Rabiulawal 1440H, Sabtu – "Tak sabaq berjumpa para jihad… Dlm perjalanan ke Masjid Jamek .. Paklong ada di depan stesyen komuter Masjid Jamek..". Demikian tulis Pak Long atau nama sebenarnya Afidzul Ariffin dalam Facebook beliau, hari ini, sebelum menyertai Himpunan 812 di Dataran Merdeka.

Semangat, mengetepikan penat mengayuh basikal tuanya sejauh kira-kira 142 kilometer, warga emas itu sendirian menuju Dataran Merdeka, mulai jam 4 pagi semalam.

"Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Saya memulakan perjalanan menuju ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Ya Allah permudahkanlah perjalananku dan kuatkan semangatku hingga tiba ditempat yg dituju.

"Jauhkan aku dari malapetaka yang tak diingini dengan bantuan perlindunganMu Ya Allah. Demi agamaMu dan demi umat Nabi Muhammad SAW, aku memohon Kau lindungilah semua umat yang menuju destinasi sama demi mempertahankan agamaMu," katanya

Dalam perjalanan, Pak Long turut diberi sokongan oleh orang ramai yang mengetahui usaha beliau itu.

Ramai netizen yang turut mendoakan keselamatan Pak Long pergi dan pulang dari ibu negara.

Afidzul yang lebih dikenali Pak Long turut memuat naik setiap perjalanannya sehingga pernah ditahan oleh anggota polis di Bidor, Perak.























from Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb https://ift.tt/2L5k1SO

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo