Bekas penyanyi kumpulan Melissa meninggal dunia ketika persembahan



BEKAS penyanyi kumpulan rock Melissa, Ustaz Radzi meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan persembahan untuk program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Panggung Anniversari, jam 11.15 malam tadi.

Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdul Hamid, 52, menjadi artis terakhir mengadakan persembahan bersama rakan lamanya dalam kumpulan Melissa.

Beliau tampil di atas pentas sekitar jam 10.30 malam menyanyikan lagu pertama berjudul Kami Mat Rock.


Memetik kenyataan pengacara program ini, Dj Kzie Ahmad di laman Facebooknya, Allahyarham Radzi hanya berada beberapa saat di atas pentas sebelum rebah dalam keadaan bersujud.

“Dia terus dibawa ke bilik persalinan untuk diberikan rawatan kecemasan.

“Sementara menunggu bantuan perubatan, beberapa ahli jawatankuasa Seniman termasuk anaknya turut memberikan bantuan.

“Apabila ambulans tiba, rawatan diteruskan namun Allah lebih menyayanginya dan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat kekurangan oksigen," katanya.

Sementara itu, adik angkat Allahyarham yang dikenali sebagai Babah Lan berkata, Ustaz Radzi tidak menunjukkan sebarang perilaku pelik sebelum menyanyi.

“Allahyarham nampak teruja dan minta kami 'back up' dia ketika menyanyi.

“Ustaz Radzi sepatutnya menyanyikan beberapa lagu dengan lagu terakhir ialah lagu popular mereka iaitu ‘Cinta Untuk Nabila’.

“Persembahan tetap diteruskan oleh Ajak dan Faris sebelum penganjur minta mereka menghentikannya,” katanya.

Jenazah Allahyarham yang turut diiringi dua anaknya kini sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

Selain lagu Cinta Untuk Nabila, Melissa turut popular dengan lagu Lambaian Sayonara, Wajahmu Di Mataku, Memikat Cahaya dan banyak lagi pada era 1990-an.

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget