NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beberapa Pengajaran Dari Himpunan Tolak ICERD 812



oleh : Zulhimi Attakiri

1. umat Islam perlu memahami bila perlu bersatu dan bila perlu bertembung. apabila berlaku isu yang boleh mengancam keharmonian negara lebih-lebih lagi melibatkan ancaman agama. kesatuan Islam perlu di tunjukkan untuk menunjukkan keizzahan Islam dan umatnya

2. Perubahan negara mestilah berasaskan kepada perubahan dasar dan mempunyai matlamat yg jelas. antara sebab kegagalan PH dalam pentadbiran hari ni kerana tiada matlamat yg jelas dalam meletakkan hala tuju negara sebelum PRU14. yang ada hanya janji manis manifesto dan ingin jatuhkan najib sahaja. kesannya negara berada dalam keadaan tidak stabil bahkan menuju ke arah lebih teruk. ibarat keluar mulut harimau masuk ke mulut buaya

3. masih ramai lagi anak muda dan masyarakat tidak tahu tentang ICERD ni. oleh itu menjadi kewajipan kepada kita semua menerangkan bahawa ICERD untuk memberi tekanan kepada pihak kerajaan daripada tangguh kepada batalkan terus. ICERD adalah salah satu dari 5 konvensyen yg belum ditandatangani dan dijanjikan oleh PH untuk ditandatangani selepas menang PRU14. himpunan tadi akan membantutkan mereka sekurang2nya sampai PRU15

4. pemimpin parti politik Islam melayu perlu merangka strategi besar supaya dominasi bukan ISLAM dalam pentadbiran dapat dilenyapkan dalam PRU15. berpolitik biar menguntungkan Islam bukan merugikan Islam

5. Gelombang penolakan ICERD ini adalah permulaan kepada gelombang penolakan rakyat kepada politik yg memalsukan harapan rakyat. tekanan mesti diberikan kepada pihak kerajaan supaya mereka tidak berani lagi menggangu gugat keharmonian negara khususnya melibatkan agama.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo