NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir Kilat di Bandar Kuala Terengganu


#Tragedi Hujan lebat tanpa henti sejak awal pagi tadi menyebabkan Bandar Kuala Terengganu dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Jalan Sultan Omar yang telah ditutup kepada kenderaan ringan.



Jalan Kuala Ibai di hadapan SK Kuala Ibai dan Jalan SK Budiman, Jalan Kamararuddin, Jalan terkukur, dan Jalan pusara Satu turut ditutup kepada lalu lintas.



Keseluruhan jalan yang ditutup dinaiki air sedalam setengah meter.



Kampung Kuala Ibai, Chendering, Tok Molor turut terjejas, manakala di Pusu Tiga, Kuala Nerus pula ditakungi air.

Tiada pemindahan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) direkodkan setakat ini.

#Banjir #Terengganu

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo