3 Peringkat Isu Tabung Haji




Oleh: Zaharudin Muhammad

Isu Tabung Haji ni ada 3 peringkat isu berbeza yang perlu dibaca secara bersama: 

1. Isu sistem konvensional yang memusatkan kuasa wang, daripada rakyat yang berjuta menjadi satu tabung. Di peringkat ini terdapat isu syariah yang amat jarang dan tidak melampau jika saya menyatakan tiada langsung yang membahaskaen sistem top down (memusatkan kuasa wang) konvensional ini; risiko, kesan buruk dan baiknya. Perbahasan ini akan dapat difahami dengan membuat perbandingan pengosongan baitul mal sekali setahun oleh Saidina Umar Al-Khattab sebagaimana yang dibahaskan oleh beberapa thesis dan kajian PHD di Mesir. 

2. Isu pengurusan, kecekapan, risiko dan plan perancangan. Peringkat ini boleh masuk isu korupsi, penyalahgunaan kuasa dan seumpanya. Peringkat 2 ini ramai yang membahaskannya terutamanya oleh pengamal ekonomi dan kewangan hari ini yang melibatkan isu keperluan SPV, creative accounting, turn-around syarikat yang menguncup, rumors creation dan lain-lain. e

3. Isu ancaman luar, campurtangan kuasa politik non-muslim di dalam pengurusan korporat, rancangan musuh-musuh Islam untuk menguasai aset dan harta umat Islam bagi melemahkan kesatuan umat Islam. ia melibatkan amaran Allah swt bahawa golongan musuh islam sangat inginkan umat Islam kehilangan eharta dan senjata, di waktu itu, musuh-musuh Islam akan menyerang; sama ada serangan senjata, serangan politik mahupun psikologi. 

Ketiga-tiga peringkat ini saling berkait dan masing-masing mempunyai dalil dan garis panduan tersendiri menurut Islam. Penyelesaian peringkat pertama adalah jaminan risiko seperti yang berlaku pada hari ini tidak berulang. Penyelesaian peringkat kedua pula perlu diatasi dengan perundangan dan sistem muamalat Islam. Penyelesaian ketiga pula, perlu kuasa pemerintahan itu dipegang oleh mereka-mereka yang jujur dan diyakini dari segi politik dan hala tujunya. 

Kesimpulannya, peringkat ketiga adalah peringkat yang saya risau sebagaimana tulisan saya yang lepas apabila Menteri Kewangan menyebut untuk menjual aset TH dan menteri agama-agama pula menyelar TH sebelum audit detail dibuat semula.

Sekian.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget