Walimatulurus Perdana Terengganu: Taqwa Asas Pembentukan Baiti Jannati




Oleh: Safwan Syakir

KUALA NERUS, 24 November - Taqwa merupakan elemen penting bagi mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga atau diistilahkan sebagai 'baiti jannati' dalam sesebuah institusi keluarga dengan mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, antara jalan untuk mencapai ketaqwaan ialah dengan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia seperti, solat di awal waktu dan berjemaah, saling menasihati ke arah kebaikan serta menjaga silaturrahim antara kaum kerabat.

"Saya ingin memetik nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya, "Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian & Resepsi Walimatulurus Perdana 2018 Peringkat Daerah Kuala Nerus di Dewan Arena, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Seramai 28 mempelai telah selamat diijabkabulkan di Kuala Nerus dan ianya diadakan serentak membabitkan keseluruhan 190 pasangan termasuk 16 pasangan dari Hulu Terengganu manakala Dungun (31 pasangan), Kemaman (21 pasangan), Setiu (13 pasangan) dan Besut (21 pasangan).

Turut hadir meraikan Pegawai Daerah Kuala Nerus, YM. Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.

Jelasnya, kerajaan mengambil langkah proaktif bagi memastikan majlis meraikan pasangan mempelai itu dapat berlangsung dengan jayanya selari dengan tuntutan agama supaya perkahwinan itu dihebohkan.

"Ramai orang muda yang ingin berkahwin awal tetapi mempunyai masalah dari segi kewangan yang belum stabil, justeru kerajaan mengambil inisiatif ini sebagai usaha memudahkan golongan itu dengan penganjuran majlis seumpama ini tanpa melibatkan belanja yang besar daripada pihak keluarga," ujarnya.


Selain itu, antara manfaat berkahwin ketika muda juga dapat mengelakkan diri daripada gejala sosial seperti masalah zina, buang anak serta pergaulan bebas.

"Perkahwinan bukanlah bertujuan untuk memuaskan hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh pasangan dan terhadap anak-anak nanti dengan mengikut sunnah baginda Nabi Muhammad SAW. Jika rumahtangga yang dibina hancur tanpa kasih sayang ibu bapa, maka besarlah risiko anak-anak terjebak dengan gejala sosial.

Sementara itu, beliau juga menasihati ibu bapa yang baru menerima menantu dalam hidup agar melayani mereka seperti anak sendiri dengan saling memahami tanggungjawab masing-masing serta segala perbezaan, pertuturan dan sikap diuruskan dengan cermat tanpa mengguriskan hati mana-mana pihak.

from teganukita https://ift.tt/2QbDW7V
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget