NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Payang.My: Top IT Jalin Kerjasama Dengan Cakna Marketing


KUALA LUMPUR, 12 November - Top It Industries Sdn Bhd baru-baru ini telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan rakan industri untuk menjalinkan kerjasama strategik.

Bagi tujuan tersebut, Top It Industries Sdn Bhd menandatangani MoU bersama Cakna Marketing Sdn Bhd. Kedua-duanya merupakan syarikat milik Kerajaan Terengganu di mana Top It Industries Sdn Bhd diselia oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) manakala Cakna Marketing Sdn Bhd adalah di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

Pada majlis itu, Top It industries Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Ibrahim Ismail manakala pihak Cakna Marketing Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji A. Razak Sulaiman.


Majlis disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini bin Abdul Rahman. Turut hadir menyaksikan MoU tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YPU, Haji Rozali Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Darul Iman Training Centre (DITC), Suhaimi Embong.

Mohd Nurkhuzaini dalam ucapannya berkata, jalinan kerjasama strategik tersebut adalah bagi memenuhi hasrat Cakna Marketing Sdn Bhd untuk memasarkan produk usahawan Terengganu menggunakan Payang.my.


"Top It Industries Sdn Bhd telah dilantik oleh Cakna Marketing Sdn Bhd untuk membangun dan menguruskan infrastruktur serta kemudahan bagi memasarkan pelbagai produk menggunakan Payang.my.

"Dengan Payang.my, pengguna dari seluruh Malaysia boleh membeli produk usahawan Terengganu dengan lebih mudah dan cepat," ujarnya di Majlis Menandatangani MoU di antara Top It Industries Sdn Bhd dan Cakna Marketing Sdn Bhd di Wisma Yayasan Terengganu, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini (4 November).

Justeru, jalinan kerjasama ini dilihat sebagai komitmen Cakna Marketing Sdn Bhd dalam usaha memasarkan produk usahawan Terengganu secara efektif dan berkesan.

Sumber: https://www.teganukita.net/2018/11/top-it-jalin-kerjasama-dengan-cakna.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo