NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Kerajaan Tunai 12 Janji Manifesto PRU14


Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU, 25 November – Kerajaan negeri telah menunaikan sebanyak 12 janji manifesto pilihan raya umum ke 14 (PRU14) dan dijangka seluruh baki janji itu akan dilunaskan dalam masa lima tahun secara berperingkat.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi kerajaan negeri menunaikan manifesto merupakan satu tanggungjawab dan komitmen yang harus dilunaskan.

“In Sya Allah kerajaan negeri akan menunaikan semua manifesto seperti yang dijanjikan dalam tempoh lima tahun akan datang secara berperingkat,” katanya ketika membentangkan Enakmen Perbekalan 2019 (Bajet Negeri Terengganu 2019) dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Antara janji manifesto yang akan ditunaikan ialah mengagihkan kad sejahtera bernilai RM500 setahun kepada setiap keluarga daripada golongan miskin dan menyediakan wad kelas ketiga percuma di hospital kerajaan dengan peruntukkan sejumlah RM17 juta.

Ia akan dilaksanakan tahun depan bagi meringankan beban rakyat Terengganu yang miskin dan berpendapatan rendah, kata Menteri Besar.

“Kad ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta,” jelasnya.


Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk membina rumah-rumah rakyat di bawah skim Projek Perumahan Terengganu-ku Sejahtera (PPTS) dan projek Rumah Mampu Milik (RMM).

“Kerajaan negeri memahami antara dilema masyarakat pada hari ini ialah pemilikan rumah. Wal hal, rumah adalah keperluan (dhoruriyat) dalam kehidupan manusia sekaligus peruntukan tersebut dibuat untuk tujuan murni ini,” jelas Dr Ahmad Samsuri.

Katanya, dalam usaha untuk mendorong lebih ramai terlibat menunaikan fardhu kifayah umat Islam, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan elaun bulanan kepada juru mandi jenazah dan pembantunya sebanyak RM100.

Kerajaan negeri turut menyediakan khairat kematian sebanyak RM2,000 bagi juru mandi dan pembantunya yang telah berkhidmat lebih dari lima tahun manakala RM1,000 bagi yang berkhidmat kurang daripada lima tahun.

Selain itu menurut beliau elaun juru nikah juga akan dinaikkan daripada RM150

kepada RM200 sebulan.

“Semua inisiatif ini akan dilaksanakan dengan peruntukan RM1.3 juta,” jelas beliau lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo