Sukan Shariah Compliance: "Lama dah kami nak"


Oleh: YB Ustaz Hishamuddin

Selesai sahaja perlawanan akhir Piala Malaysia Terengganu-Perak di Stadium Shah Alam. Kami mula balik ke Terengganu untuk melakar gerak kerja kempen Liga Malaysia 2019.

Saya panggil semua head coach melainkan Tuan Haji Irfan Bakti Abu Salim yang masih agak sibuk dengan beberapa hal yang lain pada waktu itu.

Saya panjangkan hasrat kerajaan negeri yang ingin melihat pembangunan sukan seiring dengan Shariah Compliance. Antara perkara awal yang boleh diperkenalkan adalah semua player muslim di setiap pasukan berpakaian menutup aurat.

Semua head coach respon, “lama dah kami nak”. Saya terkejut sebab sambutannya di luar dugaan. Saya tegaskan, kita bukan nak buat mendadak. Coach boleh ambil masa dan sesuaikan. Kita guna sebagai tempoh memberikan kesedaran. Pada waktu itu, head coach untuk TFC II, TFC III dan TFC IV benar-benar dilihat ikhlas menyambut usaha ini.

Usaha ini kami panjangkan pula kepada pihak penaja iaitu Al-Ikhsan. Dalam satu mesyuarat untuk menentukan design jersy dan beberapa isi kandungan perjanjian penajaan, saya kemukakan terus soalan secara berterus terang. Next season, kami berhasrat semua player TFC akan memakai pakaian yang menutup aurat. Bagaimana kalau Al-Ikhsan masukkan pakej pakaian ini dalam tajaan. Dalam mesyuarat yang sama, wakil Al-Ikhsan terus bersetuju dan menerima cadangan tersebut bagi menyediakan seluar ‘tight’ buat semua player di setiap pasukan. Ketika itu saya amat bersyukur kepada Allah SWT yang mempermudahkan urusan perjalanan usaha ini.

Tahun 2019 bukanlah kita wajibkan terus. Masih lagi dalam fasa awareness. Tapi saya biasa lihat Kipre Tcheche dan Lee Tuck ketika sesi training memakai seluar ‘tight’. Kalau bukan muslim pun dilihat biasa menggunakannya, saya rasa tak sukar untuk bintang TFC yang muslim memakai seluar ‘tight’ untuk menutup aurat.

InsyaAllah, saya sendiri akan berbicara dengan semua player kita. Tiada paksaan. Tapi saya yakin, player kita tidak keberatan memilih cara ini. Setidaknya sebagai pemimpin kerajaan, kita berusaha memulakan langkah untuk patuh kepada tuntutan shariah mengikut pegangan mazhab masing-masing.

Ada masa saya akan menyentuh pula tentang atlet sukan yang lain.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget