NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Solidariti dan doa buat Cikgu Razi



Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik) merakamkan ucapan takziah dan salam simpati atas ujian yang menimpa Cikgu Ahmad Fakhrurazi Bin Suhaimi@Cikgu Razi.

Beliau yang merupakan warden asrama sebelum ini di SMK Pengkalan Berangan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang pada 5 November 2018 jam 9 pagi atas pertuduhan merotan pelajar yang tidak mematuhi peraturan asrama.

Beliau kini telah ditukarkan ke sekolah lain berkaitan kes yang bakal dihadapi ..

Justeru,saya mengharapkan rakan -rakan guru yang berdekatan ,NGO Pendidikan ,warga pendidik yang prihatin ,pesara guru yang empati serta tokoh akademik yang berkelapangan dapat hadir beramai -ramai sebelum jam 9 pagi esok untuk bersama memberi sokongan moral terhadap Cikgu Razi di Mahkamah Majistret Marang Terengganu.

Semoga tabah menempuh dugaan..dan tenang selalu.Moga Allah SWT terus memberikan kekuatan dalam menghadapi cabaran mendatang untuk mendidik anak bangsa dalam persada pendidikan negara.

Kami warga Pendidik mendoakan agar segala urusan dipermudahkan serta beroleh kebahagiaan di dunia dan di Akhirat.


Salam hormat:
Puan Normala Binti Sudirman
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik)
4 November 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo