Rusuhan di kuil: Usah curah minyak ke dalam api marak


KUALA LUMPUR, 20 Rabiulawal 1440H, Rabu – Semua pihak dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang bentuk provokasi yang mencetuskan ketegangan, tegas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Mengikuti perkembangan insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, beliau berkata masyarakat khususnya di media sosial perlu bertenang dan cuba mengelakkan sebarang tindakan yang membawa kepada situasi konflik lebih meruncing.

"Peringatan kepada mana-mana pihak untuk tidak mencurahkan minyak ke dalam api yang marak kerana ia bakal membawa kerosakan jauh lebih memudaratkan.

"Isu ini perlu ditangani dengan serius dan berhati-hati. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak sudi mempertaruhkan masa depan bersama atas isu ini, yang pada hakikatnya boleh diselesaikan dengan penuh muhibah

"Justeru, keharmonian antara kaum di negara ini wajar terus dipertahan, dan rundingan damai melibatkan pihak berkaitan juga perlu dimulakan dengan segera," katanya dalam satu kenyataan.

Kira-kira jam 2 pagi Isnin, ratusan individu berkumpul di kawasan tapak kuil Sri Maha Mariamman sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.

Difahamkan, perselisihan faham antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil itu menjadi punca pergaduhan berkenaan.

Awal pagi semalam, berlaku satu lagi insiden kekecohan terbaharu di kuil berkenaan sehingga menyebabkan Seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera parah.

Susulan itu, Dr Zulkifli turut menzahirkan rasa simpati di atas kecederaan yang menimpa mangsa yang terlibat dalam kejadian rusuhan di kuil terbabit.

"Kami mendoakan semoga keadaan mangsa, Muhammad Adib bertambah baik dari semasa ke semasa," katanya.


Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/11/28/rusuhan-di-kuil-usah-curah-minyak-ke-dalam-api-marak/
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget