NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rusuhan bantah pindah kuil: 18 kenderaan dibakar




SUBANG
JAYA, 18 Rabiulawal 1440H, Isnin – Sebanyak 18 kenderaan terbakar dalam rusuhan membabitkan isu perpindahan tapak Kuil Sri Mariamman, USJ25, Putra Heights, di Subang Jaya ke USJ23, awal pagi tadi.


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, perselisihan faham antara dua kumpulan berhubung isu perpindahan tapak kuil berkenaan menjadi punca rusuhan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya tiba di lokasi bagi memastikan keadaan terkawal tanpa berlaku sebarang rusuhan, sebaik menerima laporan.

"Polis akan melaksanakan tugasan mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam ketika proses pemindahan kuil berusia lebih 140 tahun itu. Keadaan di lokasi dilaporkan baik dan terkawal.

"Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.38 pagi tadi.

"Seramai enam pegawai dan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikerahkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami mendapati dua kenderaan di tepi jalan lokasi berkenaan sedang terbakar. Ketika itu, anggota tidak dapat membuat pemadaman kerana diganggu oleh perusuh dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak polis yang berada di lokasi," katanya.

Katanya, kebakaran itu membabitkan 18 kenderaan di lokasi kejadian iaitu dua kenderaan di tepi jalan, 16 kenderaan di tapak pembinaan dan dua motosikal.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.





from Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb https://ift.tt/2P4Uk5z

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo