NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Rantau: PAS tak letak calon



KOTA BHARU, 9 Rabiulawal 1440H, Sabtu – PAS tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Dun (DUN) N27 Rantau, yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu diputuskan selepas PAS meletakkan calon bertanding di DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU14) yang lalu.

"Kita dah lepas mesyuarat dan kita dah buat keputusan untuk tidak meletakkan calon. PRU14 pun PAS tak letak calon di situ dan kali ini kita kekal pendirian," katanya seperti dilapor portal tempatan.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, PAS sedia membantu calon pembangkang yang bertanding.

"PAS sedia bantu mana-mana calon (pembangkang) yang bertanding. Kita akan tengok siapa yang akan dicalonkan pada PRU nanti. Kita kekal menyokong dalam blok pembangkang dan tolong pembangkang. Kita tetap dengan keputusan sama," katanya.


Beliau turut berharap kemenangan pembangkang akan menguatkan lagi blok tersebut di Negeri Sembilan.

"Kita harap suara pembangkang bertambah sebagai 'check and balance' dalam kerajaan di Negeri Sembilan," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan kemenangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi DUN Rantau pada PRU-14 lalu, batal dan tidak sah.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azimah Omar, yang turut memutuskan PRK bagi DUN Rantau perlu diadakan serta-merta.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo