PRK Dun Rantau Ditentukan 14 Hari Lagi – SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu selama 14 hari sebelum boleh mengambil tindakan berhubung keputusan mahkamah pilihan raya yang menetapkan bahawa keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-14 bagi dewan undangan negeri (DUN) Rantau tidak sah.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Harun, berkata ini kerana mahkamah memerlukan 14 hari bagi mengeluarkan surat arahan agar pilihan raya semula diadakan.

“Kita perlu tunggu surat arahan keluar sebelum mengambil tindakan. Saya anggap ia belum dikeluarkan kerana untuk memberi peluang bagi pihak yang terlibat membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah,” kata Azhar ketika dihubungi sebuah portal berita.

Mahkamah pilihan raya di Seremban pada Jumaat memerintahkan kerusi DUN Rantau dikosongkan dan memutuskan kemenangan Mohamad pada pilihan raya umum ke-14 lalu sebagai tidak sah.

Mahkamah mengambil keputusan itu selepas mendapati Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Amino Agus Suyub tidak mengikuti peraturan dalam tindakannya menghalang calon PKR, Dr S Streram masuk ke pusat pencalonan pada 28 April lalu.

Timbalan presiden UMNO Mohamad Hasan mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU ke-14 dengan kemenangan tanpa bertanding.

Mahkamah hari ini turut menyifatkan tindakan pegawai SPR sebagai “tidak beretika dan tiada integriti”.

Sementara itu, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan bahawa Mohamad akan dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi DUN Rantau sekiranya pilihan raya semula diadakan.



Wartawan Watan-Online
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget