NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ICERD: Perlembagaan Malaysia Hapus Diskriminasi



PERLEMBAGAAN MALAYSIA MENGHAPUSKAN DISKRIMINASI TINGGALAN PENJAJAH

ICERD MENGEMBALIKAN EKSPLOITASI DAN STRATEGI PECAH PERINTAH PENJAJAH

ICERD yang ingin diratifikasi adalah bertujuan bagi menerapkan nilai kesamarataan antara kaum. Ia merupakan perjuangan utama kalangan liberalis di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Kononnya keistimewaan orang melayu yang tertermaktub di dalam perlembagaan adalah suatu bentuk diskriminasi terhadap kaum lain.

Persoalannya, adakah perbezaan hak antara kaum adalah suatu diskriminasi? Adakah keadilan itu hanya berlaku dengan kesamarataan?

Perlu dibezakan antara keadilan dan kesejahteraan. Tuhan tidak ciptakan manusia semua sama samada dari sudut fizikal, mental dan juga taraf kehidupan. Ia bergantung kepada konteks setempat. Dalam konteks perbezaan kaum di Malaysia, faktor sejarah, sosioekonomi, sosiobudaya, sosiopolitik dan demografi harus diambil kira.

ANALOGI KEADILAN DAN KESAMARATAAN

Ada beberapa analogi mudah yang boleh diberikan bagi menggambarkan perbezaan hak mengikut perbezaan kumpulan manusia tertentu:

Pertama, kerajaan hanya memberikan hak kepada orang berumur 16 untuk memiliki lesen. Adakah ia dikira satu diskriminasi terhadap rakyat berumur kurang 16 tahun?

Kedua, kerajaan menawarkan cuti bersalin khusus kepada kaum wanita. Adakah ia dikira diskriminasi kepada lelaki?

Ketiga, kerajaan memberikan bantuan khusus kepada orang miskin. Adakah ia dikira diskriminasi kepada orang kaya?

Keempat, kerajaan membayar gaji menteri lebih besar dari gaji tukang sapu. Adakah ia dikira satu diskriminasi.

Kelima, bekas kakitangan awam menerima yang bersara menerima bayaran pencen bulanan. Adakah ia dikira diskriminasi terhadap kakitangan yang belum pencen?

Segala polisi-polisi ini langsung tidak menimbulkan sebarang isu. Ini kerana semua sedia maklum bahawa terdapat perbezaan dari sudut kemampuan, peranan dan sumbangan kumpulan tertentu. Bagi mencapai keadilan, bukan semua perkara perlu diagihkan samarata. Keadilan adalah bermaksud meletakkan hak pada yang sepatutnya.

SEJARAH DISKRIMINASI

Maka dalam konteks kaum di Malaysia, perlu dilihat juga sudut perbezaan antara kaum ini. Jika dibandingkan dari sudut kekuatan ekonomi, melayu jauh ketinggalan berbanding cina. Ia berpunca dari ketidakseimbangan sosioekonomi yang sengaja ditinggalkan oleh penjajah.

Penjajah menempatkan kaum cina di kawasan bandar dan tumpuan utama masyarakat, sedangkan melayu di kampung-kampung terpencil. Cina juga mewarisi perniagaan penjajah hasil dari pengalaman sebagai buruh industri sebelum merdeka. Kilang-kilang yang ditinggalkan penjajah juga diwariskan kepada Cina. Secara fakta, penjajahlah yang melakukan diskriminasi bagi menjamin kedudukan mereka di negara jajahan. Strategi pecah perintah ini dilakukan seluruh dunia, bukan tanah melayu sahaja.

Agihan hak yang tidak samarata ini membuatkan cina mampu memacu kekuatan ekonomi sehingga 80% aktiviti perniagaan di Malaysia dikuasai bangsa tersebut, walaupun komposisi kaum mereka hanya sekitar 30% sahaja.

Kerana memiliki kelebihan kewangan, mereka mampu untuk mendapatkan banyak perkara. Mereka mampu membeli tanah dan aset, mampu membiayai pendidikan bertaraf tinggi, bahkan mampu mempengaruhi orang politik!

Mereka juga mendapat kelebihan dari sudut pendidikan berbanding melayu. Mereka dibiaya untuk mendalami ilmu-ilmu berkemahiran tinggi sedangkan anak melayu di kampung tidak dipedulikan. Hasilnya, mereka berjaya mewarisi banyak profesion penting yang berpendapatan tinggi!

Mengatasi masalah ini, orang melayu bersatu padu menuntut Suruhanjaya Reid memasukkan beberapa perkara ke dalam perlembagaan bagi menjamin 'keadilan' rakyat Malaysia. Antaranya ialah artikel 3 (Islam), artikel 153 (Melayu) dan artikel 152 (Bahasa Melayu). Pada waktu itu orang melayu tanpa mengambil kira perbezaan politik dan aliran semuanya berpadu menuntut hak mereka sehingga penjajah akur.

KESAN RATIFIKASI ICERD

Sekiranya diberikan hak samarata antara kaum, sudah tentulah orang melayu akan terus ketinggalan. Tanpa rizab tanah melayu, harga tanah akan melambung tinggi kerana kuasa beli cina yang besar. Cina akan menawarkan harga tinggi, hingga orang melayu tidak mampu bersaing.

Tanpa kuota khusus MRSM dan UiTM, cina akan memenuhi kemasukan kerana mereka lebih mampu melahirkan pelajar yang berkelayakan dari sudut akademik, ekoran kemampuan keluarga membiayai pembelajaran peringkat rendah yang berkualiti tinggi.

Lebih parah, ia akan turut melibatkan kedudukan agama di dalam negara terancam. Barat memahami ajaran agama seperti tutup aurat, ikhtilat, faraid dan berbagai hukum hakam Islam adalah rasisme dan diskriminasi. Dengan ICERD, semua kestabilan yang kita kecapi hari ini berpotensi untuk di reviu di badan kehakiman antarabangsa.

ADAKAH DISKRIMINASI BENAR-BENAR WUJUD?

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, telah berlaku diskriminasi terhadap kaum India di Malaysia. Dakyah beliau, tiada kebebasan agama di Malaysia, banyak orang India tukar agama untuk kerja, lebih 10,000 kuil hindu diroboh, tidak mendapat biasiswa dan sebagainya. Saya yakin tindakan beliau adalah satu langkah legitimasi bagi merasionalkan ratifikasi ICERD. Menarik simpati masyarakat dunia.

Apa yang disebutkan oleh menteri tersebut adalah pembohongan yang nyata. Pergilah ke mana-mana negeri, pasti ada kuil Hindu, tokong Buddha dan berbagai lagi premis ibadat agama lain. Pergilah ke mana-mana universiti awam, pasti jumpa pelajar berbangsa India dengan mudah. Bahkan sehingga ke hari ini, tidak pernah lagi berlaku diskriminasi kaum seperti yang berlaku terhadap bangsa Rohingya di Myanmar ataupun bangsa Arab di Palestin. Kontrak sosial yang dimeterai antara kaum di Malaysia telah menjamin hak semua kaum lain sejak negara ini diasaskan.

Jika dilihat data Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan paling rendah adalah orang bumiputera, berbanding Cina mahupun India. Kadar kemiskinan tertinggi adalah orang bumiputera. Kadar pengangguran tertinggi bumiputera. Miskin bandar tertinggi orang bumiputera. Pendidikan lemah juga bumiputera.

Jadi di mana bukti diskriminasi!?

Menteri bukan sahaja telah berbohong, bahkan telah memburukkan negara di persada antarabangsa dengan kenyataan palsu. Sangat tidak patriotik dan memalukan sebagai seorang menteri. Tindakan tegas patut diambil terhadap orang seperti ini.

KONTRAK SOSIAL SUDAH CUKUP

Sejarah kemerdekaan negara ini tidak hanya tertegak dengan kuasa unilateral melayu sahaja. Bahkan telah melalui perbincangan antara kaum-kaum lain. Hasilnya, termeterai kontrak sosial yang disepakati semua wakil kaum di Malaysia. Resolusi kontrak sosial boleh didapati dalam artikel 14-18 perlembagaan yang memberikan hak kepada kaum lain sebagai warganegara Malaysia.

Maka sebenarnya isu kaum sudah diuruskan negara lebih awal sebelum ICERD bersidang (1965). Bahkan Kontrak Sosial Malaysia lebih bersifat waqiiy (realistik), berbanding ICERD yang diimport dari negara penjajah yang sebelum ini terkenal sebagai penindas pribumi mana-mana negara jajahan.

Kenapa perlu untuk kita ikut telunjuk barat yang terbukti telah mengeksploit kedudukan kaum di negara kita dengan dasar pecah perintah bagi menjamin kekuasaan mereka? Tidak sedarkah kita ini adalah cubaan untuk menjajah kali kedua persis Malayan Union?  Kalau barat ikhlas, kenapa mereka tidak paksakan ICERD ke atas Israel yang terbukti menindas penduduk Palestin?

KESIMPULAN

Masih ada aspek-aspek lain yang merelevankan bantahan terhadap ratifikasi ICERD. Aspek demografi, kestabilan sosial, implikasi perundangan, politik dan kedaulatan negara juga perlu dilihat. Namun ketidakseimbangan sosioekonomi yang ditinggalkan penjajah adalah faktor penting yang perlu disedari semua.

Fahami perbezaan kesamarataan dan keadilan sebaiknya. Ini punca kekeliruan sebenar.

12 Rabiul Awwal 1440
19 November 2018

(Alang Ibn Shukrimun)

šŸ“±Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
šŸ“±Facebook:
fb.com/AlangShukrimun
šŸ“±Twitter:
twitter.com/alangshukrimun

#AiSSiasah
#AiSDakwah

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo