'Pening main dengan menteri PH ni..'

Wartawan Sinar Harian
19 November 2018

KUALA LUMPUR - Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang mempertahankan Peguam Negara, Tommy Thomas mengundang pertikaian.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Mohamed Hanipa sanggup mengetepikan isu moral apabila mempertahankan Tommy yang didakwa menggunakan kuasa.

"Masa jadi pembangkang, kata Peguam Negara tak ada moral guna kuasa. Bila dah jadi menteri, pertahan Peguam Negara guna kuasa.


"Hal moral ni tak main la.. kata menteri. Pening main dengan Menteri PH ni..," katanya di laman Facebook hari ini.

Kenyataan Nik Mohamad Abduh itu merujuk kepada jawapan Mohamed Hanipa di Dewan Rakyat berhubung isu banglo melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu turut menyertakan pautan video pertelingkahan ahli-ahli Parlimen Pas dan Mohamed Hanipa berhubung isu berkenaan.

Ia bermula apabila Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuki Shaary ingin tahu apa halangan Peguam Negara tidak meneruskan kes banglo Guan Eng kerana ia dilihat salah dari segi moral.

Mohamed Hanipa kemudian menjelaskan Tommy tidak terlibat dalam kes tersebut menunjukkan Peguam Negara tiada konflik kepentingan.

Bagaimanapun, jawapan tersebut tidak memuaskan hati ahli-ahli Parlimen Pas dan mencetuskan perbalahan dengan Mohamed Hanipa.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget