NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pendapatan Menteri Kewangan RM86,464.92


MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng mencatat pendapatan tertinggi dalam kalangan ahli parlimen dan pentadbiran kerajaan iaitu berjumlah RM86,464.92.

Ia berdasarkan Portal Pengisytiharan harta anggota Parlimen dan pentadbiran kerajaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedudukan seterusnya adalah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan RM75,861.57, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (RM73,576.15), Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (RM72,276.37) dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok (RM68,142.66).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail pula berada di kedudukan kesembilan dengan pendapatan sebanyak RM59,048.33.

Maklumat itu dimuat naik ke Portal Pengisytiharan Harta SPRM tanpa memaklumkan butiran terperinci mengenai jumlah itu sama ada bagi tempoh sebulan atau setahun.

Portal itu juga memaklumkan setakat ini seramai 46 ahli parlimen kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka sementara 77 lagi belum melakukannya.

Manakala seramai 19 anggota pentadbiran kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka dan 30 lagi belum melakukan perkara yang sama.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/11/391506/pendapatan-menteri-kewangan-rm8646492

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo