Pemuda ganti pemimpin UMNO keluar parti


Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

PEMUDA UMNO bersedia menggantikan tempat pemimpin parti itu yang keluar parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pemimpin yang bertindak keluar parti seakan tiada jati diri kerana tidak mahu bersusah demi UMNO.

"Sebab itu kalau ada lagi pemimpin mahu keluar parti, kita biarkan sahaja kerana Pemuda bersedia untuk menggantikan tempat mereka.


"Pada PRU-15 nanti, kita akan mencadangkan 40 peratus calon adalah Pemuda, dalam memastikan perjuangan UMNO diteruskan," katanya pada majlis santai bersama Pemuda UMNO Negeri Sembilan di Port Dickson, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir.

Mengulas lanjut, Dr Asyraf berkata, itu satu cabaran kepada Pemuda untuk mula mempersiapkan diri dari sekarang supaya lebih bersedia menjadi pemimpin.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita hanya memberi fokus untuk menjadi calon, sebaliknya lebih kepada untuk memperkasakan parti bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat," katanya.

Sementara itu, dalam majlis sama, Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Mohamad Nazaruddin Sabtu, meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan yang dihadapinya.

Mohd Zaidy berkata, desakan itu berikutan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) itu gagal menjalankan tanggungjawabnya kepada penduduk setempat.

"Malah penduduk sendiri mengatakan beliau tidak lagi mampu menjalankan tugas seperti wakil rakyat lain.

"Jadi adalah lebih baik ADUN Pilah meletakkan jawatan dan membiarkan rakyat memilih semula wakil rakyat baru," katanya.

Terdahulu dilaporkan, dakwaan Mohamad Nazaruddin sudah berjumpa Menteri Besar, Aminuddin Harun, bagi meletakkan jawatan adalah tidak benar dan ketika ini masih bertugas seperti biasa walaupun kurang sihat.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget