NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin DAP miliki aset RM75 juta, paling tinggi di kalangan Anggota Parlimen PH



BANGI, 15 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Pemimpin parti tamak haloba DAP, Ngeh Kok Ham adalah Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai aset tertinggi bernilai sehingga RM75 juta.

Ahli Parlimen Beruas, Perak itu dan isterinya mempunyai aset dua kali ganda lebih tinggi berbanding Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sebanyak RM32 juta.

Perkara itu tercatat dalam deklarasi aset Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menduduki tempat ketiga dalam senarai itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan isteri dengan jumlah keseluruhan aset bernilai RM23 juta.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah bersama isteri dan anaknya mempunyai aset bernilai sehingga RM15.3 juta.

Menteri Dalam Negeri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memiliki aset bernilai RM14.3 juta, sementara Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye (RM13.6 juta).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar mengisytiharkan aset bernilai RM11.3 juta, manakala Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobin Singh Deo dan isteri (RM11.5 juta).

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengisytiharkan aset bernilai RM5 juta.

Kerajaan PH sebelum ini mewajibkan semua menteri, timbalan menteri, ahli Parlimen dan setiausaha politik mengisytiharkan aset mereka menerusi laman web SPRM.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo