Malaysia adalah Malaysia



oleh: Yb Asmak Husin

Dalam kaedah membuat hukum, faktor setempat adalah elemen penting yang perlu diambilkira. Fiqh harus mempunyai sifat keanjalan masa, tempat dan suasana berdasarkan ketetapan al Quran. Kaedah ini menjadikan hukum Islam relevan pada bila2 masa walaupun ia bersifat tetap sejak dari zaman nabi Muhammad SAW.

Contoh paling konservatif ialah hukum harta sepencarian yang wujud di tanah melayu sejak sekian lama tetapi berbeza dengan peruntukan di tanah Arab atas faktor perbezaan suasana masyarakat Islam.

Hari ini kita mula melihat kecenderungan menyimpulkan isu secara umum dengan menjadikan negara lain sebagai ukuran. Mungkin faktor globalisasi banyak mendorong ke arah ini. Contohnya:

1. Agama dikaitkan dengan kemunduran, penyelewengan kuasa, ekstrimism berdasarkan ukuran zaman gelap di eropah sedangkan dalam tamadun Islam faktor agama menjadi asas pemangkin kecemerlangan.

2. Ratifikasi konvesi hak asasi antarabangsa termasuk ICERD berdasarkan amalan negara Barat sedangkan Malaysia mempunyai sejarah pembentukan masyarakat majmuk tersendiri dan istimewa

3. Fesyen bertudung yg terkebelakang dan mengikut trend eropah dan Arab sedangkan Malaysia sudah mengalami perkembangan hijab yang pantas sejak tahun 80an

4. Pendekatan mesra minoriti seperti LGBT dengan mengukur isu dan konflik di negara Barat sedangkan pendekatan, budaya dan perkembangan di Malaysia berbeza. Setakat ini, mereka ada akses terhadap kesihatan, pendidikan, perniagaan walaupun kekangan budaya masyarakat ada tetapi tidak sampai diskriminasi kekerasan.

5. Menilai Kelantan dipimpin ulama yang konservatif dan dikuasai pimpinan bekas pelajar timur tengah sahaja berdasarkan ukuran kerajaan Islam di beberapa negara sedangkan setakat ini hanya Kelantan yang mampu bertahan lebih 50 tahun sebagai sebuah kerajaan Islam yg moderate, kepimpinan wanita yang bebas bekerja dan bersuara sampai ke peringkat antarabangsa dalam keadaan berhijab, pendekatan moden tapi masih mengekalkan dasar membangun bersama islam.

6. Menyimpulkan isu perkahwinan bawah umur di Malaysia sebagai aktiviti pedofilia berdasarkan ukuran amalan negara Barat sedangkan di Malaysia ada banyak faktor pendorong seperti kemiskinan tegar, budaya amalan seperti masyarakat org asli,dll dan mahkamah syariah juga sudah mengambil langkah keselamatan dengan mengetatkan perkahwinan ini sejak berpuluh tahun lalu

7. Menyelar sebatan syariah oleh mahkamah syariah terhadap lesbian kerana ia dianggap sebagai isu peribadi dan 'disgrading' sedangkan sebatan syariah langsung tidak sama dengan sivil malah  kesalahan seks luar tabii dalam undang2 sivil lebih berat:

Cintohnyq bagi kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.

Oleh itu, saya selar tindakan sesetengah badan seperti SIS yang memberikan gambaran salah tentang amalan di Malaysia kepada masyarakat antarabangsa seperti UN. Fahami dulu konteks, falsafah sejarah malaysia dan perbezaan dengan falsafah Barat sebelum mengemukakan isu agar tidak mengugat keharmonian sedia ada.


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget