NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Langkah tegas bolehkan rakyat nikmati kelajuan internet lebih pantas: MCMC


KUALA LUMPUR - Rata-rata rakyat Malaysia kini menikmati kelajuan Internet lebih pantas hasil langkah-langkah tegas yang diambil kerajaan bagi menambah baik kelajuan Internet negara, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC berkata, perkara itu diiktiraf oleh kajian kepantasan Internet, The Speedtest Global Index (SGI) yang menyaksikan Malaysia melonjak 10 anak tangga ke kedudukan ke-26 terpantas dunia dengan purata kelajuan tetap pada 61.97 megabait sesaat (Mbps).

"Ini bermakna kebanyakan rakyat Malaysia kini menikmati peningkatan kelajuan Internet yang signifikan. Selain itu, kerajaan juga memenuhi janjinya untuk mengurangkan harga jalur lebar berkelajuan tinggi tetap sebanyak 25 peratus menjelang penghujung 2018," kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut MCMC harga bagi pakej permulaan juga telah dikurangkan lebih 30 peratus.

Pengerusi MCMC Al-Ishsal Ishak dipetik berkata pujian juga harus diberikan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang menjadikan isu itu sebagai keutamaan beliau ketika dilantik ke jawatan berkenaan pada Mei lalu.

Sebaik memulakan penggalnya Gobind menegaskan beliau mahu syarikat telekomunikasi (telco) tempatan meningkatkan kelajuan Internet jalur lebar pada harga lebih rendah.

Al-Ishsal berkata, MCMC akan terus memantau secara dekat tawaran telco bagi memastikan pengguna menerima perkhidmatan berkualiti, berkelajuan tinggi dan harga yang munasabah dalam jangka panjang.- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo