Kewafatan Rasulullah SAW dan Kesinambungan Perjuangan Islam


Oleh : YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia/ADUN Batu Buruk

12 Rabiulawwal 1440H / 20 November 2018

Sudah menjadi lumrah kebanyakan umat Islam, setiap kali tibanya bulan Rabiulawwal maka mereka menyambut Maulidurrasul dengan pelbagai cara dan kaedah. Apa yang terbaik ialah menghayati dan memperingati perjuangan Nabi SAW untuk dijadikan panduan dalam kehidupan ini.

Hari dan tarikh kelahiran Nabi SAW menjadi khilaf di kalangan ahli sejarah Islam dalam menentukannya dan pandangan yang kuat ianya berlaku antara 8 dan 12 Rabiulawwal tahun Gajah. Adapun tarikh dan hari yang tidak menjadi khilaf di kalangan ahli sejarah Islam ialah kewafatan Nabi SAW yang jatuh pada hari isnin tanggal 12 Rabiulawwal tahun ke 11 hijrah. Jika sekiranya tanggal kelahiran Nabi SAW adalah penting dan selalu dikaitkan dengan penyebaran ajaran Islam yang dibawa oleh baginda yang telah berjaya mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam, maka kewafatan Nabi SAW juga adalah satu peristiwa penting yang perlu diingati oleh umat Islam.

#terusmara
#dppmalaysia
#islammemimpin
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget