NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kementerian Kewangan Bela Orang Kaya, Tekan Orang Miskin - PAS



1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar tindakan Kementerian Kewangan yang sanggup membela golongan ultra kaya dengan tidak mengenakan lebih cukai terhadap mereka.

2. Hakikatnya dalam Islam, golongan 1% - 5% dalam golongan T20 perlu dicukaikan dengan kadar sekitar 2.5% daripada pegangan saham atau lebihan simpanan mereka untuk diagihkan kepada golongan miskin.

3. PAS juga yakin banyak syarikat korporat dan konglomerat melarikan diri daripada membayar cukai dengan pelbagai strategi licik. Contohnya dalam regim percukaian SST.

4. Pelaksanaan SST membuka banyak ruang kepada pengilang untuk tidak membayar cukai dengan membuat helah ‘transfer pricing’. Akhirnya, pengguna akhir terpaksa menyerap kos yang tinggi dan kerajaan hanya mendapat hasil yang kecil.

5. Pada masa yang sama, rakyat khususnya golongan pertengahan (M40) terpaksa menanggung pelbagai jenis cukai dan beban kewangan.

6. Contohnya, mereka tidak mendapat subsidi petrol, Bantuan Sara Hidup dan skim perkhidmatan kesihatan yang lebih baik. Malah, kumpulan penoreh getah, pekebun kecil dan nelayan telah dikurangkan elaun serta subsidi mereka.

7. PAS meminta Kementerian Kewangan untuk mengkaji semula reformasi fiskal yang telah digubal bagi memastikan jurang pendapatan dikecilkan serta sistem agihan kekayaan kepada rakyat dipulihkan.

8. Polisi Kementerian Kewangan hanya menguntungkan golongan ultra kaya. Walhal, tanggungjawab utama kerajaan adalah untuk membela nasib golongan susah dan mudah terjejas.

Islam Memimpin

Sekian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo