NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan bincang dengan Persekutuan bantu penoreh getah



KOTA BHARU– Kelantan sedang mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha membantu penoreh getah yang kini berdepan dengan penurunan harga komoditi itu di pasaran ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Saripuddin Tuan Ismail berkata, ia bagi memastikan nasib penoreh getah di negeri ini terus terbela.

"Kita rasa sangat kasihan kepada penoreh dengan kejatuhan harga getah di pasaran yang menyebabkan kehidupan mereka terganggu.

"Justeru, kerajaan negeri akan bersama-sama kerajaan persekutuan untuk mencari jawapan bagi membantu golongan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tunas Tani Al-Falah di Min House Camp di sini, hari ini.

Pada program berkenaan, seramai 512 murid Sekolah Rendah Intergrasi Teras Islam (SRITI) Kelantan berpeluang mengenali pelbagai spesis flora dalam usaha membentuk sikap usahawan sebagai petani.

Ditanya mengenai bantuan kepada petani yang terjejas banjir di Kelantan, Tuan Saripuddin berkata, kerajaan negeri tidak menyediakan sebarang peruntukan khusus melibatkan perkara berkenaan.

"Bagaimanapun, kita ada Tabung Serambi Mekah yang boleh digunakan untuk membantu petani yang terjejas dengan bencana berkenaan," katanya. – Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo